Sepasang suami isteri tidak kesampaian hajat menyambut hari jadi dan berbulan madu di Turkiye akibat pasport basah.
Kejadian yang dialami pasangan itu dikongsi menerusi video yang dimuat baik oleh pemilik akaun TikTok @fikryyazman, yang turut menyatakan walaupun sudah cuba menggunakan alat pengering, namun ia tidak boleh digunakan lagi sebagai dokumen pengenalan diri ke luar negara kerana mengalami kerosakan hampir 80 peratus.
Tinjauan di ruangan komen melihat balasan komen darinya yang berkata niat mereka untuk berbulan madu dan menyambut hari lahir bersama di Turkiye tidak kesampaian.
“Saya berulang-alik bekerja di Singapura. Pada hari Sabtu hujan sangat lebat. Sewaktu tiba di Kastam Singapura pasport saya telah basah.
“Kami juga tidak boleh membuat pasport di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kerana Pejabat Imigresen tutup pada hari itu,”
katanya.
Disebabkan kejadian tersebut, pasangan tersebut mengalami kerugian RM16,000 dan wang tersebut tidak dapat dikembalikan.
“Menitik juga air mata. Tidak mengapalah bukan rezeki,” tulisnya.