Umum

Pekerja wanita hilang lepas hantar kereta sewa kepada pelanggan

Gambar PDRM

Seorang pekerja wanita sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan, pada Rabu lepas.

Menurut Ketua Polis Muallim Mohd Hasni Mohd Nasir, laporan kehilangan wanita dikenali sebagai Nur Farah Kartini Abdullah itu dibuat rakan serumahnya pada 1.56 pagi, semalam.

“Rakan mangsa ada cuba menghubunginya namun tiada balasan. Difahamkan, mangsa mempunyai teman lelaki dan pihak polis sedang mengesannya untuk membantu siasatan,” katanya dilaporkan Bernama.

Beliau berkata Nur Farah yang berasal dari Sarawak dan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam.

Justeru polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk menghubungi IPD Muallim di talian 05-4596122 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan wanita itu setelah satu hantaran dimuat naik pengguna dipercayai rakannya.

 

 

PALING POPULAR

To Top