Pelari pecut negara Muhammad Azeem Fahmi gagal mara ke separuh akhir acara 100m Sukan Olimpik Paris 2024, apabila dia menamatkan saingan dengan tempat terakhir pada saringan kedua pusingan pertama, sebentar tadi.
Azeem Fahmi yang bermula di lorong kelapan sekadar berjaya merekodkan catatan 10.45s.
Saringan 2 itu itu dimenangi pelari pecut Kenya, Ferdinand Omanyala yang mencatat 10.08s diikuti atlet Itali, Chituru Ali kedua dengan catatan 10.12s.
Manakala tempat ketiga diduduki pelari Jerman, Joshua Hartmann dengan catatan 10.16s.
Azeem Fahmi sebelum itu layak ke pusingan pertama selepas menamatkan saingan di tempat kedua dalam saringan 1, pusingan kelayakan dengan catatan 10.42s.
Dia berada di belakang pelari Gambia, Ebrahima Camara yang muncul juara dengan catatan 10.29s.