Punca kemalangan melibatkan bas rombongan murid tadika di Jalan Persiaran Universiti 1, Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam dikenal pasti berpunca daripada pemandu yang tidak cukup tidur.
Bas tersebut membawa lima guru pengiring dan 30 murid tadika dari PASTI Ampang, dalam perjalanan dari sebuah kilang coklat ke G2G Animal Garden, MAEPS. Insiden berlaku sekitar 12.18 tengah hari apabila bas hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok.
Empat mangsa dilaporkan cedera – tiga murid dan seorang guru. Pemandu lelaki berusia 44 tahun kini direman selama dua hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Muhamad Farid Ahmad, siasatan mendapati pemandu tidak di bawah pengaruh dadah atau alkohol, namun memiliki 13 saman atas nama sendiri. Faktor utama dikenal pasti sebagai keletihan akibat kurang tidur.
Rakaman dashcam yang tular di media sosial menunjukkan bas tersebut terbabas sebelum kemalangan berlaku.
Nota keselamatan: Insiden ini sekali lagi mengingatkan pentingnya pemandu komersial mendapat rehat mencukupi sebelum membawa penumpang, terutamanya kanak-kanak.
📌 Sumber asal berita – Sinar Harian
📅 Tarikh artikel: 2 Ogos 2025
