Travel

Pembukaan Langkawi memberi tanda kejayaan kepada destinasi lain

Kejayaan pembukaan sektor pelancongan di Pulau Langkawi, diharap bakal menjadi titik permulaan kepada lebih banyak pembukaan gelembung pelancongan dengan selamat dan teratur. 

“Kejayaan gelembung pelancongan Pulau Langkawi bakal menjadi penanda aras kepada pembukaan destinasi pelancongan lain dalam masa terdekat” – kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Ujar beliau, “Saya berharap semua yang terbabit dalam rantaian sektor pelancongan yang terkesan akibat pandemik ini terutamanya peniaga kecil dan sederhana, dapat menikmati manfaat daripada pembukaan gelembung pelancongan ini.

“Namun ingin saya tegaskan, walaupun kita lengkap divaksin dan diberikan beberapa kelonggaran, saya berharap kita semua dapat terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19,” katanya di Facebook, di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin memantau dan melihat sendiri persediaan pembukaan sektor pelancongan domestik di Pulau Langkawi seperti yang dirancang dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Pulau langkawi adalah destinasi pertama yang menjadi pilihan sebagai projek rintis gelembung pelancongan oleh MPN. 

Muhyiddin turut diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abd Mutalib dengan menyertai majlis dialog bersama wakil Pengusaha Hotel, Homestay, Kereta Sewa dan Pemandu Teksi. 

Dalam majlis dialog itu, majoriti penguasa hotel dan homestay merayu kepada kerajaan untuk memberikan mereka ruang dan insentif bagi membangunkan semula industri pelancongan. 

Tambahan beliau, “Mereka juga memberikan komitmen untuk memastikan semua kakitangan menerima suntikan vaksin bersama jaminan semua fasiliti dan fasiliti penginapan disanitasi dari semasa ke semasa bagi mengekang penularan wabak COVID-19,”

Muhyiddin berkata, sebelum ini di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sejak Mac 2020, lebih RM249.7 juta dimanfaatkan oleh rakyat dan perniagaan di Pulau Langkawi.

Pada tahun 2019 sebelum pandemik, sektor pelancongan menyumbang sebanyak 15.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top