Buletin

Pembukaan penuh sempadan negara bagi menyokong pemulihan negara.

Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini, mengadakan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) ke 2 tahun yang menyaksikan keputusan pembukaan penuh sempadan negara bagi menyokong pemulihan negera pada 1 Mac 2022 tanpa keperluan kuarantin wajib.

Walaupun, ketika ini kes harian covid-19 merekodkan peningkatan yang tinggi. Namun, bilangan pesakit kategori 3-5 di hospital menunjukkan trend penurunan.

Ini menunjukkan strategi kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri berkesan.

Tambahan beliau, “Alhamdulillah, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai peratusan tertinggi lengkap vaksin di dunia dengan 98% populasi dewasa dan lebih 78% populasi negara telah lengkap menerima dos vaksin. Lebih 50% populasi dewasa juga telah menerima dos penggalak mereka”.

Sekaligus, keputusan itu dibuat oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2022 dan pelbagai pakej rangsangan ekonomi seperti PRIHATIN dan PEMULIH.

“Majlis juga ada mencadangkan supaya pelarasan semua bantuan kewangan agensi kerajaan dan institusi perbankan dapat dilaksanakan secara sistematik, ujarnya”

“Ini bagi meningkatkan penggunaan sumber yang lebih optimum, bersasar dan berlandaskan keperluan supaya tiada pertindihan berlaku dan lebih ramai pengusaha yang betul-betul terjejas dapat terus menerima manfaat bantuan ini”.

Mesyuarat turut memberi penekanan terhadap masalah yang dihadapi industri pembinaan negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19 seperti kenaikan harga bahan binaan dan kekurangan pekerja asing.

Beliau juga menyeru, agar seluruh rakyat Malaysia mendapatkan dos pengalak terutama bagi golongan warga emas.

“Justeru itu, saya ingin menyeru mereka yang belum mendapat dos penggalak terutamanya golongan warga emas, untuk mendapatkan dos tersebut secepat mungkin,”

“Jika ingin ke majlis atau ke rumah keluarga atau rakan, jangan lupa untuk melakukan ujian kendiri COVID-19. Ayuh kita memainkan peranan masing-masing bagi memastikan proses pemulihan negara berjaya”.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top