Pemergian Allahyarham Dato’ (Dr) Haji Muhammad Chan bin Abdullah
KUALA LUMPUR, 25 Sept — Dengan penuh dukacita, dimaklumkan bahawa PPj. Kehormat (PA) Dato’ (Dr) Haji Muhammad Chan bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah.
Pengurusan jenazah akan berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, pada Khamis, 25 September 2025, dengan atur cara seperti berikut:
- 8.00 pagi (anggaran): Jenazah tiba di Masjid At-Taqwa
- 9.00 – 10.00 pagi (anggaran): Mandi & kafan jenazah
- 10.00 pagi – 12.00 tengah hari: Ziarah terakhir untuk keluarga, sahabat handai & kenalan
- 1.08 tengah hari: Solat jenazah selepas solat Zuhur di Masjid At-Taqwa
- 1.30 tengah hari: Pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 2
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni dosa-dosanya, menerima amal ibadahnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. 🤲
