Umum

Pemeriksaan kesihatan percuma anjuran MHHO di Sabak Bernam disambut meriah.

Orang ramai sambut baik saringan kesihatan percuma, yang dianjurkan oleh Malaysia Health and Humanity Organisation (MHHO), pada 5 Mei 2023 bersempena majlis sambutan Aidilfitri di Sabak Bernam.

Program pemeriksaan kesihatan percuma yang dihadiri lebih 2000 tetamu itu adalah usaha MHHO dan Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Sabak Bernam bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat luar bandar secara amnya akan keperluan individu untuk mengetahui keadaan kesihatan mereka.

Selain itu, MHHO turut bersedia untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak untuk memastikan semua lapisan masyarakat berpeluang untuk mendapatkan saringan kesihatan asas melalui penganjuran program ini.

Munurut MHHO, “kami percaya masih ramai lagi yang akan terpanggil untuk menjalani asas seperti ini kalau ia dianjurkan lebih kerap dan lebih menyuluruh dari segi kawasan-kawasan yang dianjurkan”.

Penganjuran yang diadakan ini merupakan yang terbaru dalam siri penganjuran yang telah dilakukan sejak tahun lepas lagi.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengadakan kerjasama dengan MHHO boleh menghantarkan email kepejabat Setiausaha MHHO di [email protected].

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top