Business

Penceramah strategik global sahkan percepat transformasi tenaga di Sidang Kemuncak & Pameran Tenaga Jepun 2025

Mulai 18 hingga 20 Jun 2025, Sidang Kemuncak & Pameran Tenaga Jepun, anjuran dmg events, akan kembali ke Tokyo Big Sight, menghimpunkan pemimpin tenaga global, penggubal dasar yang berpengaruh dan eksekutif industri untuk memajukan peralihan tenaga, landskap pelaburan dan peranan strategik Jepun dalam sistem tenaga global. Dihoskan bersama JERA dan Tokyo Gas, platform peringkat tinggi ini sekali lagi akan memberikan pandangan kritikal tentang strategi tenaga negara yang semakin berkembang di bawah Pelan Tenaga Strategik Ketujuh.

 

Diadakan di tengah-tengah permintaan tenaga global yang semakin bertambah, kerumitan geopolitik yang semakin meningkat dan sasaran penyahkarbonan yang diperhebat, platform tenaga utama Jepun akan menumpukan kepada dua kemestian iaitu sekuriti dan kelestarian tenaga. Sidang Kemuncak tahun ini akan menyediakan forum kritikal untuk meneliti penyelesaian yang memajukan penggunaan tenaga bersih, mengupayakan infrastruktur bingkas dan memupuk kerjasama antarabangsa.

Penceramah global yang disahkan termasuk:

•  Wael Sawan, Ketua Pegawai Eksekutif, Shell Plc

•  Yoshinori Kanehana, Pengerusi Lembaga, Kawasaki Heavy Industries, Ltd

•  Koji Ota, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Chiyoda Corporation

•  Jeong-Joon Yu, Naib Pengerusi, SK Group & Ketua Pegawai Eksekutif, SK On

•  Anatol Feygin, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Komersial, Cheniere Energy Inc.

•  Hitoshi Kaguchi, Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif GX Solutions, Mitsubishi Heavy Industries

•  Michèle Azalbert, Ketua Pegawai Hidrogen, Gentari

•  Phil Caldwell, Ketua Pegawai Eksekutif, Ceres Power

•  Jooho Whang, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Korea Hydro & Nuclear Power (KHNP)

Sebagai tambahan kepada para pegawai Kerajaan daripada METI, MLIT dan Suruhanjaya Kawal Selia Tenaga Thailand. Untuk senarai penuh: https://www.japanenergyevent.com/conferences/strategic-summit/2025-strategic-speakers/

Berlangsung serentak, Persidangan Teknikal akan menghimpunkan jurutera, pemaju projek serta pemimpin penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk membentangkan penyelesaian praktikal berhubung topik-topik yang meluas termasuk; pendigitalisan grid, teknologi bateri, penangkapan dan penyimpanan karbon serta sistem nuklear generasi akan datang.

Walaupun peringkat kandungan menghimpunkan pemimpin industri, penggubal dasar, pakar teknikal dan penginovasi untuk dialog peringkat tinggi, pameran menjadi tempat di mana strategi diterjemahkan kepada pelaksanaan. Berfungsi sebagai platform antarabangsa yang dinamik, ia mempamerkan teknologi, infrastruktur dan perkhidmatan yang kritikal untuk menyampaikan transformasi tenaga Jepun. Menerusi penyertaan daripada syarikat-syarikat terkemuka termasuk Aramco Gas, ADNOC, Chevron, JOGMEC, JERA, Tokyo Gas, Engie, Ebara Corporation, Kraken Technologies dan Cheniere, lantai pameran akan menonjolkan inovasi yang sedia untuk dipasarkan merentas infrastruktur LNG, penggunaan hidrogen dan amonia, sistem boleh baharu, pengurusan karbon dan penyelesaian digital, seterusnya memperkukuh kedudukan Jepun di barisan hadapan sekuriti tenaga, penyahkarbonan dan pelaburan teknologi bersih.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar bagi Sidang Kemuncak & Pameran Tenaga Jepun 2025, sila kunjungi: www.japanenergyevent.com

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top