Umum

Pengerusi baharu Suhakam bakal dilantik

Gambar Suhakam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bakal mendapat pengerusi baharu, susulan peletakan jawatan pengerusinya, Rahmat Mohamad pada 31 Ogos tahun lalu.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi) M Kulasegaran, individu berkenaan akan diumum selepas jawatankuasa yang dibentuk bagi memilih pengerusi baharu membuat pilihan.

“Satu mesyuarat jawatankuasa pemilih bagi memilih pengurusi Suhakam diadakan pada 7 Jun 2024 selaras dengan Seksyen 11A Akta Suhakam.

“Cadangan pengerusi Suhakam pada masa kini berada pada peringkat akhir dan pengerusi baharu akan diumumkan dalam masa yang terdekat,” katanya, ketika sesi penggulungan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam bagi 2021 dan 2022 di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau berkata pindaan Akta Suhakam sebelum ini menetapkan individu yang dilantik untuk menganggotai suruhanjaya itu perlu bebas dan tidak boleh terlibat secara aktif dalam mana-mana parti politik.

“Adalah juga dimaklumkan bahawa mengikut Seksyen 5(4) Akta Suhakam, bagi tempoh kekosongan jawatan pengerusi, naib pengerusi yang dipilih daripada anggota Suruhanjaya hendaklah melaksanakan fungsi pengerusi dan ia telah dilaksanakan semasa tempoh kekosongan jawatan pengurusi tersebut,” katanya.

Dalam sesi perbahasan laporan tersebut sebelum ini beberapa ahli Parlimen menggesa pelantikan baharu segera dilaksanakan memandangkan jawatan itu kosong sejak September.

PALING POPULAR

To Top