Umum

Peniaga tidak patuh, pengguna digesa buat aduan di platform rasmi

Gambar Facebook

Pengguna digesa membuat aduan rasmi di platform sedia ada bagi memudahkan siasatan pihak berkuasa terhadap ketidakpatuhan amalan perdagangan dalam kalangan peniaga.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali advokasi kepenggunaan penting dalam menjamin kejayaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menangani peniaga tidak bertanggungjawab.

“Hanya viralkan terlebih dahulu, akhirnya mereka yang lakukan kesalahan itu boleh sembunyikan.

“Saya tiada masalah kalau nak buat aduan di media sosial. Tapi, kalau ia boleh disalurkan di platform sedia ada dengan maklumat tepat, lagi mudah untuk kami buat siasatan segera,” katanya selepas Majlis Penutupan Shopee Seller Summit 2024.

“Kami boleh menambah sebanyak mungkin penguat kuasa atau melakukan penguatkuasaan, tapi ia juga bergantung kepada kerjasama dan kesedaran pengguna,” ujarnya.

 

PALING POPULAR

To Top