Umum

Penjawat awam Kelantan terima bayaran khas kewangan RM2,000

Gambar Facebook Mohd Nassuruddin

Kerajaan Kelantan mengumumkan bayaran khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam negeri yang akan dilaksanakan pada Februari 2024.

Menurut Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, bayaran khas itu akan memberi implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM18 juta.

Katanya, bayaran khas itu sebagai menghargai jasa dan bakti pegawai serta kakitangan kerajaan negeri yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dalam membangunkan negeri Kelantan.

“Maka dengan penuh sukacita saya mengumumkan bantuan khas kewangan penjawat awam negeri Kelantan sebanyak RM2,000.

“Bayaran penghargaan ini juga akan turut diterima pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras ICT DUN (teknologi komunikasi dan maklumat Dewan Undangan Negeri), penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru fadhu ain serta guru jahitan (mudaribbah) dan dibayar dengan kadar yang bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan belanjawan itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, pada hari Khamis.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top