Bermula semalam, setiap Ahad minggu pertama dan ketiga, penumpang dibenarkan membawa basikal bersaiz penuh ke dalam tren perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, Ampang dan Sri Petaling.
Orang ramai dibenarkan membawa basikal bermula 6 pagi hingga 10 pagi sebagai menyokong program ‘KL Car Free Morning’.
Sebelum ini, hanya basikal lipat sahaja dibenarkan naik LRT, monorel, dan MRT di luar waktu puncak, pada hari Isnin hingga Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti am.
Acara’KL Car Free Morning’ bertujuan untuk memelihara alam sekitar dan mengurangkan penghasilan karbon di udara.
Kajian oleh MyRapidKL, 80 peratus bersetuju dan menyokong langkah membenarkan basikal penuh menaiki LRT.
Menuru pihak Rapid Rail, sekiranya peringkat percubaan ini berjaya dan pengguna mematuhi syarat tempoh program tersebut akan dipanjangkan.
Sumber: Astro Awani