Buletin

Penyanyi Dangdut Di Kecam Cium Mulut Ayah Pagi Raya

Setiap pagi 1 Syawal umat Islam disarankan untuk bersalaman dan bermaafan. Kalau ikutkan masing-masing ada cara tersendiri untuk bersalaman.

Namun, bagi penyanyi dangdut Indonesia, Ayu Ting Ting, cara mereka sekeluarga bersalaman sangat berbeza dari keluarga orang lain.

Baru-baru ini foto Ayu mencium mulut bapanya, Abdul Rojak, dikecam dan menjadi bualan hangat di media sosial.

Didalam gambar tersebut, Ayu kelihatan merangkul leher bapanya dan melekapkan bibirnya ke bibir bapanya.

Rata-rata netizen kurang senang dengan tidakkan tersebut kerana dianggap tidak sesuai.

Berikutan itu, Ayu tampil menerangkan keadaan sebenar. Dia tidak ambil peduli dengan kritikan netizen kerana dia melakukan perkara tersebut setiap tahun.

“Sejak hari lebaran tahun-tahun yang lepas saya akan lakukan begitu dengan ayah, dan ibu juga. Kecuali lelaki lain, terserah jika orang mahu kecam. Saya tak peduli,” jelas Ayu.

Difahamkan gambar tersebut dirakamkan pada perayaan Aidilfitri tahun lalu cuma ia kembali diulang siar oleh netizen.

Sumber: Astro Gempak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top