Umum

Peralihan lesen motosikal kepada B penuh dibuka 1 Oktober

Gambar Hiasan

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata permohonan program peralihan lesen motosikal B1, B2 kepada B penuh akan dibuka kepada umum mulai 1 Oktober.

Menurut Menteri itu, bagi tujuan itu, caj perkhidmatan sebanyak RM160 akan dikenakan kepada calon untuk menampung kos operasi di institut memandu (IM) termasuk latihan litar selama dua jam.

“Pada masa ini, pihak JPJ sedang di fasa akhir persiapan bagi memperkenalkan program peralihan berkenaan, termasuk melaksanakan semua perubahan sistem dan penyelarasan dengan pihak IM.

Program khas peralihan ini tidak mempunyai tempoh masa tamat, dan akan diteruskan sehingga satu tempoh akan ditentu dan dimaklumkan kemudian, katanya pada sidang media.

Loke berkata, antara syarat ditetapkan adalah individu memegang lesen B1 atau B2 secara aktif selama 10 tahun.

Syarat ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar, katanya.

Terdahulu, Loke menyatakan kerajaan akan mengumumkan keputusan pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal kelas B2 kepada B penuh secara automatik tidak lama lagi.

Perkara itu diteliti susulan cadangan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi sebelum ini.

Zahid berkata, tiada masalah untuk lesen berkenaan dinaik taraf kerana penunggang motosikal lesen B2 sudah memiliki pengalaman untuk satu tempoh jangka lama.

 

 

PALING POPULAR

To Top