Politik

PKR Pahang perbaharui kepimpinan di peringkat Cabang

Pemilihan PKR di Pahang menyaksikan perubahan kepimpanan di beberapa kawasan, termasuk di Lipis, di mana Rizal Jamin, Ketua PKR Pahang gagal mempertahankan jawatan Ketua PKR Lipis.

Rizal Jamin menghadiri Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang bagi kali pertama untuk tahun 2025. Kredit Foto FB Rizal Jamin.

Menurut laporan media, Rizal yang juga Ketua PH Pahang menerima 421 undi berbanding lawan Mohd Hashim Mansor yang berjaya mendapat 516 undi.

PKR Indera Mahkota pula menyaksikan Ahmad Farhan Fauzi, Setiausaha Politik ke YAB Perdana Menteri, menang tanpa bertanding pada pemilihan Ketua PKR Indera Mahkota.

Ahmad Farhan di lokasi bagi meninjau keadaan sebenar dan mendapatkan maklumat langsung daripada pihak Unit Perlaksanaan Projek Persekutuan, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang (UPPP JPS) berkenaan isu tanah runtuh dan kerosakan jalan yang serius di Kampung Tiram, Kuantan.
Kredit Foto FB Farhan Fauzi

Di PKR Bera pula Ahli Dewan Negara Bob Manolan mempertahankan ketua PKR bahagian itu selepas mendapat 225 undi berbanding pencabarnya Mohamed Jidi Yaakob dengan 186 undi.

 

Keadaan sama berlaku di PKR Kuantan, dimana Fakhrul Anuar Zulkawi selaku pemenang mendahului dengan 659 undi, mengatasi pencabar Sim Chon Siang yang merupakan seorang Exco Pahang dan Adun Teruntum yang memperoleh 575 undi

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top