Umum

PM umum cuti tambahan Aidilfitri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memudahkan rakyat membuat perancangan pulang ke kampung halaman.

Beliau berkata cuti tambahan itu bergantung kepada tarikh sebenar sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Sama ada Aidilfitri disambut pada Jumaat atau Sabtu jangan bimbang, kita beri cuti tambahan Hari Raya.

“Kalau raya pada Jumaat maka cuti tambahan pada Isnin, 23 Mac. Kalau raya pada Sabtu, cuti tambahan pada Jumaat, 20 Mac,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2026 di Kota Kinabalu, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Menurut Anwar, pengumuman awal itu dibuat bagi memberi ruang kepada orang ramai merancang cuti serta perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri akan berkuat kuasa dari 14 hingga 28 Mac 2026.

“Inisiatif ini bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat serta memastikan harga barangan kekal berpatutan menjelang musim perayaan,” katanya.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top