Umum

PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu – Hamzah

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) membuat keputusan menolak permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyertai gabungan itu.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Selasa.

Jelasnya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta dihadiri kepimpinan tertinggi komponen parti PN.

“Majlis Tertinggi PN telah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan Parti Pejuang Tanah Air ke Perikatan Nasional,” jelasnya.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 2 Mac lalu menjelaskan parti itu telah memohon untuk menjadi anggota komponen dalam PN.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top