Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu dan dengan rakyat Malaysia masih menantikan pengumuman rasmi mengenai reformasi subsidi petrol, syarikat insurtech tempatan PolicyStreet tampil memberikan sedikit kelegaan. Pada 24–25 Jun ini, dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari, rakyat Malaysia boleh menikmati cukai jalan PERCUMA (diskaun sehingga RM177) menerusi Jualan Kilat Hari Gaji, eksklusif untuk ahli Drive+ — satu inisiatif tepat pada masanya untuk membantu pemilik kereta menjimatkan perbelanjaan, terutamanya apabila harga minyak dijangka meningkat.
“Ramai yang sedang menghadapi tekanan kewangan. Dengan isu subsidi petrol yang masih belum diputuskan, kebimbangan terhadap kenaikan harga minyak semakin meningkat. Kami mungkin tidak dapat mengawal harga petrol, tetapi kami boleh bantu rakyat Malaysia mengurus kos kereta mereka dengan lebih bijak. Itulah matlamat utama jualan kilat ini,” kata Yen Ming Lee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet.
Untuk menikmati rebat cukai jalan sehingga RM177, pelanggan hanya perlu melanggan Keahlian Drive+ pada harga promosi RM9.90 (harga asal: RM99.90) sepanjang tempoh jualan kilat melalui laman rasmi pembaharuan insurans kenderaan PolicyStreet, car.policystreet.com. Keahlian ini menawarkan pelbagai manfaat termasuk:
- Easy Payment Plan 0% faedah untuk membahagikan bayaran insurans kepada 3, 6 atau 12 bulan
- Caj pengendalian pembaharuan cukai jalan percuma (bernilai RM15)
- Baucar RM20 untuk pembaharuan insurans akan datang
- Keutamaan bantuan untuk pembaharuan dan pertanyaan berkaitan insurans
- Panduan langkah demi langkah untuk memudahkan proses tuntutan insurans
Jualan Kilat Hari Gaji ini terbuka kepada semua pemilik kenderaan — tak kira model atau jenama. Sama ada anda memandu Perodua Myvi kesayangan ramai atau Honda City yang bergaya, semua pemilik kereta berpeluang menikmati penjimatan hebat untuk pembaharuan insurans dan cukai jalan.
“Keahlian Drive+ direka khas untuk meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat, terutamanya bagi jutaan rakyat Malaysia yang bergantung pada kereta mereka untuk bekerja, menghantar anak, atau menjaga keluarga. Dalam keadaan yang tidak menentu ini, kami mahu rakyat tahu bahawa mereka masih ada pilihan. Tak kira sama ada anda memandu kereta kompak atau kenderaan import, kami percaya setiap orang berhak mendapat perlindungan yang boleh dipercayai,” tambah Yen Ming.
Untuk menikmati manfaat daripada Jualan Kilat Hari Gaji ini, pengguna digalakkan untuk mendapatkan sebut harga awal dan melengkapkan pembelian sepanjang tempoh jualan berlangsung. Bagi yang insurans kenderaannya akan tamat dalam masa dua bulan, anda disarankan mengisi maklumat lebih awal agar dapat ‘checkout’ dengan pantas sebaik sahaja jualan bermula. Jimat masa, jimat duit!
Bagi mereka yang belum sampai waktu untuk memperbaharui insurans, mendapatkan sebut harga semasa jualan turut membolehkan anda ‘mengunci’ tawaran istimewa ini untuk kegunaan pada masa hadapan. Dengan slot yang terhad dan konsep “siapa cepat, dia dapat”, tindakan awal bakal memberikan lebih banyak penjimatan.
Daripada memudahkan aliran tunai dengan pelan ansuran tanpa faedah, hinggalah menawarkan cukai jalan percuma, keahlian Drive+ mencerminkan komitmen utama PolicyStreet: menjadikan perlindungan lebih mudah diakses, mampu milik, dan bermakna buat semua rakyat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://policystreet.com.my.
