Dalam usaha membantu rakyat Malaysia mengatasi kenaikan premium insurans, PolicyStreet, syarikat insurans teknologi tempatan (insurtech), memperkenalkan inisiatif baharu yang menjadikan pembaharuan insurans kereta lebih mampu milik. Bermula hari ini sehingga 28 Februari, pemilik kereta Perodua Axia, Perodua Bezza, Proton Saga, dan Proton Iriz boleh menikmati cukai jalan PERCUMA apabila memperbaharui insurans kereta mereka melalui platform PolicyStreet. Promosi ini adalah sambungan promosi sedia ada yang menawarkan diskaun sehingga 70% untuk cukai jalan kepada rakyat Malaysia.
“Di PolicyStreet, kami komited menyediakan penyelesaian kewangan yang lebih inklusif untuk semua rakyat Malaysia. Inisiatif cukai jalan percuma ini adalah bukti dedikasi kami untuk menjadikan pembaharuan insurans kereta lebih mudah dan mampu milik, terutama dalam menghadapi kenaikan premium insurans,” kata Lee Yen Ming, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet.
Untuk memanfaatkan promosi ini, pelanggan hanya perlu layari platform pembaharuan insurans kereta PolicyStreet di car.policystreet.com dan dapatkan sebut harga. Mereka boleh memilih daripada lima syarikat insurans terkemuka atau membandingkan sebut harga daripada hingga 12 syarikat untuk mencari pelan terbaik yang sesuai dengan keperluan dan bajet mereka. Bagi pemilik model Proton dan Perodua yang layak, kos cukai jalan akan dikecualikan secara automatik semasa pembayaran. Pemilik kereta lain pula masih boleh menikmati penjimatan besar untuk pembaharuan cukai jalan, dengan diskaun sehingga 70% ditawarkan.
Selain itu, PolicyStreet turut menyediakan pelan Easy Payment Plan dengan faedah 0%. Pelanggan boleh membayar insurans secara ansuran selama 3, 6, atau 12 bulan menggunakan kad kredit daripada sembilan bank utama, termasuk Maybank, CIMB Bank, dan Public Bank. Dengan pilihan pembayaran yang fleksibel ini, PolicyStreet berusaha meringankan beban kewangan rakyat Malaysia sambil memastikan perlindungan insurans mereka kekal terjamin, walaupun di tengah kenaikan premium.
Proton dan Perodua, jenama yang sinonim dengan praktikaliti dan harga mampu milik, amat dekat di hati rakyat Malaysia. Fokus PolicyStreet terhadap model ini memastikan rakyat biasa mendapat sokongan kewangan di mana ia paling diperlukan. Dengan tambahan diskaun bagi model kereta lain, PolicyStreet terus menegaskan komitmennya dalam menyediakan penyelesaian insurans yang mampu milik dan mudah diakses.
Inisiatif terkini ini adalah sebahagian daripada misi PolicyStreet untuk merevolusi industri insurans dengan menjadikannya lebih Bermakna dan Mudah. Sebagai sebahagian daripada usaha menutup jurang perlindungan, PolicyStreet bekerjasama dengan pemain utama industri seperti Shopee, foodpanda, dan Carsome, memperkenalkan produk insurans baharu termasuk perlindungan mikro untuk pekerja gig dan pakej SME yang direka khas untuk memenuhi kemampuan dan keperluan mereka.
Dengan lebih daripada 5 juta pelanggan di seluruh negara dan kerjasama dengan lebih 200 perniagaan, PolicyStreet terus menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian insurans inovatif. Dari inisiatif cukai jalan percuma hingga perlindungan mikro dan platform digital yang mesra pengguna, PolicyStreet bertekad membina masa depan kewangan yang lebih inklusif untuk semua.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian insurtech inovatif PolicyStreet, sila layari policystreet.com