Umum

PolicyStreet Menawarkan Cukai Jalan PERCUMA untuk Semua Kereta Nasional Sempena Hari Malaysia

“Berkereta jenama negara, megah menyusur di jalan raya”— sebuah lirik ikonik yang menggetarkan jiwa setiap rakyat Malaysia, membangkitkan rasa bangga setiap kali ia didendangkan. Pada Hari Malaysia ini, PolicyStreet menerjemahkan rasa bangga itu kepada faedah yang dapat dinikmati oleh semua. PolicyStreet meneruskan kempen Betul-Betul FREE Road Tax dengan menawarkan cukai jalan PERCUMA kepada semua rakyat Malaysia yang memandu kereta nasional apabila mereka memperbaharui insurans kereta pada 12 dan 13 September.

Kempen Betul-Betul FREE Road Tax merupakan tanda penghargaan PolicyStreet kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong perjalanan syarikat setakat ini, dari permulaan yang sederhana hingga kini menjadi salah satu syarikat insurtech (teknologi insurans) terkemuka di negara ini. Sokongan rakyat Malaysia telah memainkan peranan penting dalam penerimaan “alam siber, teknologi terkini” yang membolehkan syarikat seperti PolicyStreet terus berkembang.

“‘Keranamu kami mendakap tuah’—Tanpa sokongan rakyat Malaysia, PolicyStreet tidak akan mampu meraih kejayaan yang dinikmati hari ini. Dengan penyelesaian insurans tertanam kami yang menyasarkan komuniti kurang mendapat perkhidmatan, PolicyStreet komited untuk terus memberi semula kepada masyarakat dan memperkukuh ketahanan kewangan di rantau ini,” kata Yen Ming Lee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet.

Berdasarkan kejayaan kempen Betul-Betul FREE Road Tax yang dilancarkan sempena Hari Merdeka, rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menikmati cukai jalan percuma dengan melawati portal pembaharuan insurans kereta PolicyStreet di car.policystreet.com. Pengguna hanya perlu memilih tambahan ‘Pembaharuan Cukai Jalan’ semasa pembelian, tanpa memerlukan kod promosi.

Kempen Betul-Betul FREE Road Tax yang pertama yang berlangsung pada 28 hingga 29 Ogos lalu menawarkan cukai jalan percuma kepada rakyat Malaysia bersempena Hari Merdeka, tanpa sebarang syarat tersembunyi. Hampir 10,000 sebut harga insurans kereta telah dijana sepanjang kempen ini, menunjukkan sokongan padu komuniti terhadap inisiatif PolicyStreet.

Melangkah ke hadapan, PolicyStreet kekal komited untuk mempertingkatkan penyelesaian dan perkhidmatan insuransnya kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan. Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, syarikat ini berjanji untuk menawarkan cukai jalan paling murah, atau ‘Cheapest Road Tax in Town’, dengan diskaun sehingga 70% bagi setiap pembaharuan insurans kereta. Tawaran hebat ini akan bermula pada 14 September, memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati insurans yang lebih berpatutan daripada PolicyStreet.

Sekiranya anda pemilik kenderaan Proton atau Perodua, jangan lepaskan peluang untuk menikmati cukai jalan PERCUMA sempena Hari Malaysia ini. Bagi rakyat Malaysia yang ingin merebut promosi ini tetapi masih belum boleh memperbaharui insurans kereta, nantikan tawaran ‘Cheapest Road Tax in Town’ yang akan bermula pada 14 September ini. Tunjukkan semangat patriotik anda dan dapatkan cukai jalan percuma anda dari PolicyStreet hari ini!

 

PALING POPULAR

To Top