Umum

PPZ-MAIWP menggalak semua laksanakan tanggungjawab zakat sebelum 31 Disember

Gambar FB Abdul Halim

Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menggalakan orang ramai supaya melaksanakan kewajipan menunaikan zakat sebelum 31 Disember ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Halim Amir Osman sebanyak 10 kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari 10 pagi hingga 4.45 petang setiap hari termasuk cuti umum dan setiap Jumaat sepanjang bulan Disember ini.

“Pada minggu terakhir Disember, waktu operasi akan dilanjutkan sehingga 9 malam di samping mengadakan Hari Bersama Pembayar dengan menyediakan jamuan makan,” katanya selepas Majlis Pelancaran kempen Year End Zakat (YEZ) 2023 di Taman Metropolitan hari ini.

Beliau berkata kempen YEZ dilancarkan setiap tahun bertujuan menggalakkan pembayar zakat supaya melaksanakan kewajipan mereka sebelum atau pada 31 Disember, terutamanya kepada yang ingin mendapat rebat cukai pendapatan masing-masing.

Katanya, terdapat juga kemudahan lain untuk melakukan pembayaran seperti secara dalam talian melalui portal zakat.com.my, aplikasi Myzakat, perbankan internet dan ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP.

Sementara itu, Abdul Hakim berkongsi, sebanyak RM688.7 juta berjaya dikutip sehingga Oktober tahun ini, dan berharap dapat mencapai sasaran RM1 bilion kutipan zakat menjelang hujung tahun ini.

“Jumlah asnaf yang berada di Wilayah Persekutuan ini semakin lama semakin bertambah. Kalau pada tahun ini sekitar 30,200 asnaf disantuni setiap bulan dan baru-baru ini MAIWP juga telah menaikkan sebanyak RM300 bantuan kepada asnaf dengan kos membabitkan kira-kira RM108 juta setahun,” katanya.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top