Genting Highlands, 9 September 2025 – Berita baik untuk pencinta taman tema! Berikutan permintaan tinggi, promosi tiket Taman Tema Genting SkyWorlds kini dilanjutkan sempena sambutan Jubli Intan Resorts World Genting. Para pengunjung boleh terus menikmati penjimatan istimewa serendah RM36 sehingga 31 Disember 2025.
Di bawah promosi ini, pengunjung berpeluang menikmati tawaran eksklusif termasuk:
- Tiket Standard Sehari RM36 (harga asal RM84) untuk warga Pahang (berdasarkan kod negeri 06, 32 dan 33 pada kad pengenalan Malaysia).
- RM60 untuk warganegara Malaysia (harga asal RM168) dengan pengenalan diri sah.
- RM120 untuk bukan warganegara (harga asal RM198) melalui pembelian dalam talian.
Nota: Tiket dalam talian perlu dibeli sekurang-kurangnya satu hari sebelum lawatan. Semua harga dalam Ringgit Malaysia dan tertakluk kepada cukai semasa serta terma & syarat.
Kategori | Harga Dalam Talian | Harga Kaunter |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | RM60 (harga asal RM168) | – |
Bukan Warganegara | Dari RM120 (harga asal RM198) | – |
Rakyat Pahang | Dari RM36 (harga asal RM84) | Sah di kaunter sahaja |
Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting, berkata:
“Promosi ini telah menerima sambutan amat menggalakkan. Susulan lanjutan ini, kami berharap lebih ramai keluarga, rakan-rakan dan pelancong dapat menikmati pengalaman di Genting SkyWorlds pada harga istimewa sempena sambutan Jubli Intan. Kami amat menghargai sokongan berterusan dan berterima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan 60 tahun Resorts World Genting.”
Waktu operasi Genting SkyWorlds:
- Dibuka setiap hari: 10.00 pagi – 6.00 petang
- Tutup pada hari Selasa (kecuali cuti umum Malaysia & cuti sekolah).
Taman tema ini menawarkan sembilan dunia bertema unik yang diinspirasikan daripada francais filem popular antarabangsa seperti Ice Age, Rio dan Planet of the Apes, menjadikannya lokasi terbaik untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Orang ramai digalakkan merancang lebih awal dan mendapatkan tiket segera kerana promosi ini ditawarkan untuk tempoh terhad.
Tempah sekarang di gentingskyworlds.com untuk menikmati tawaran eksklusif sempena ulang tahun ke-60 Resorts World Genting.
