Umum

Puad persoal langkah Rafizi pulih ekonomi negara

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi mempersoalkan langkah signifikan diambil Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk memulihkan ekonomi negara.

Katanya, Ahli Parlimen Pandan itu sekurang-kurangnya perlu memperkenalkan polisi baharu untuk meningkatkan “ekonomi rakyat”.

“Mana dia dasar yang lebih baik daripada BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia),” soalnya di Facebook.

BR1M diperkenalkan 2012 ketika pentadbiran bekas perdana menteri, Najib Razak untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah dan merapatkan jurang pendapatan rakyat.

Puad turut mempersoalkan jika Rafizi tiada persiapan menjadi menteri, selain mengingatkannya menteri perlu mempunyai idea luar biasa untuk mempertahankan kerajaan perpaduan.

“Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi menteri. Bila jadi menteri, tidak boleh biasa-biasa, mesti luar biasa.

“Jangan nanti rakyat kata Rafizi turun, ringgit naik. Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan Kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan kerajaan perpaduan.”

Sumber: FMT

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top