Umum

Pyanhabib tegur Perdana Menteri penggunaan ‘Madani’

Pada 19 Januari 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati.

Bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’, konsep yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini terletak pada enam tonggak utama seperti berikut :

  • KeMampanan
  • kesejAhteraan
  • Daya Cipta
  • HormAt
  • KeyakiNan
  • Ihsan

Terpanggil untuk meluahkan rasa, seorang penyair dan pelakon Pyanhaib Rahman dalam hantarannya di Facebook mengatakan bahawa perkataan ‘Madani’ itu kelihatan buruk, hodoh dan geli.

Maksud ‘Madani’ itu juga maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

Dalam konteks membawa kepada usaha untuk membentuk masyarakat dengan menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan, kurikulum yang membawa karah pembinaan masyarakat.

Beliau juga menyeru agar mereka yang terlibat dalam menjayakan kerangka dasar ini dapat memperbaikinya dan menerima teguran ini sebagai satu batu loncatan dan bukan kritikan untuk menjatuhkan sesuatu usaha yang cuba dilakukan.

Tambahan pula, penggunaan kata ‘Madani’ itu menjadi kritikan netizen di lawan sesawang apabila perkataan yang digunakan bukan di ambil dari huruf awal tapi dipertengahan.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top