Rakan Muda merupakan inisiatif yang direka untuk memperkasakan dan melibatkan golongan muda dalam komuniti. Dilancarkan pada tahun 1994, ia bertujuan untuk membangunkan kemahiran kepimpinan, mempromosikan tanggungjawab sosial, dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan belia berusia antara 13 hingga 30 tahun.
Bermula sebagai sebuah program untuk membendung gejala lepak dalam kalangan belia pada 29 Oktober 1994, Rakan Muda kini berevolusi menjadi sebuah platform pengisian masa berkualiti dan penyatuan perpaduan belia. Sepanjang tahun, program ini telah berkembang untuk menyesuaikan diri dengan aspirasi golongan muda, memupuk semangat kepimpinan, tanggungjawab sosial, dan kerjasama.
Tahun ini, Rakan Muda dengan bangganya menyambut ulang tahun ke-30, menandakan tiga dekad program dan inisiatif yang memberi impak yang telah menyumbang kepada pembangunan peribadi dan sosial ramai belia di seluruh negara. Dipacu oleh Kementerian Belia dan Sukan, program ini menegaskan peranan pentingnya dalam membentuk masa depan belia Malaysia.
Rakan Muda menawarkan pelbagai program yang berpusat di sekitar sepuluh elemen utama yang membimbing inisiatifnya:
Mahir : Platfrom pendidikan formal dan tidak formal dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional
Muzik : Platform penyerlahan bakat melalui kemahiran bermain instrumen muzik, penyusunan muzik, penulisan lirik, seni nyayian dan persembahan.
Prihatin : Platform menanamkan rasa simpati dan empati menerusi pem budayaan nilai kesukarelawan dan kemasyrakatan.
Niaga : Bengkel yang memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran perniagaan dan memupuk pemikiran keusahawanan serta memberi sokongan kepada golongan muda yang berminat untuk memulakan perniagaan atau meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang keusahawanan.
Aktif : Inisiatif ini bertujuan untuk mempromosikan penyertaan dalam aktiviti fizikal, sukan, dan rekreasi, serta membina kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kesejahteraan.
Ekspresi : Platform mengekspresikan penyerlahan bakat, minat dan idea melalui lisan, penulisan, karya kreatif berlandsaskan nilai moral, kerohanian, adab dan tatasusila.
Demokrasi : Platform pendidikan demokrasi berteraskan pemahaman prinsip RUkun Negara dan Perlembagaan Persekutuan bagi melahirkan golongan muda yang celik demokrasi
Bumi : Aktiviti yang meningkatkan kesedaran tentang isu alam sekitar dan mempromosikan kelestarian.
Digital : Latihan untuk meningkatkan literasi digital dan kemahiran teknologi dalam kalangan belia.
Litar : Inisiatif ini bertujuan untuk mendidik belia mengenai pentingnya keselamatan semasa memandu dan menunggang, serta mempromosikan sukan motor secara positif.
Elemen-elemen ini mencerminkan komitmen Rakan Muda terhadap pembangunan belia secara holistik, memastikan peserta dilengkapi dengan baik untuk masa depan.
Untuk sertai program Rakan Muda, ikut 3 langkah mudah ini,
1. Layari laman www.kbs.gov.my/rakanmuda
2. Pilih aktiviti diminati dan isi maklumat diperlukan
3. Tunguu pengesahan dari penganjur dan sertai aktiviti