Sebelum ini, Rani Kulup pernah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan peguam sensasi Siti Zabedah Kasim. Namun sehingga kini masih tidak menerima sebarang jawapan.’
Kali ini, Abdul Rani Kulup Abdullah meluahkan hasratnya untuk menyunting pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman pula.
“Ayah boleh menjadi suami yang baik,” katanya kepada Sinar Online.
Sementara itu apabila ditanya bagaimana reaksi isterinya mengenai hasratnya itu, Abdul Rani berkata, isterinya tidak kisah.
“Isteri-isteri Ayah ‘steady’,” jelasnya yang mesra disapa dengan panggilan ayah.
Sebelum ini, menerusi akaun Facebooknya, Abdul Rani sudi memperisterikan Siti Kasim sekiranya wanita itu belum bersuami.
“Ayah kan cinta wanita, seandai kata Siti Kasim ni…tak ada masalah bagi Ayah, Ayah boleh ambil dia sebagai isteri, kalau dia tiada suamilah, kalau ada suami tak bolehlah kan,” katanya sambil tergelak.
Dalam pada itu, Abdul Rani juga turut menyatakan hasrat untuk bergelar penyanyi dan berduet dengan Datuk Vida.
Sumber: Sinar Harian