Umum

Rekaan illustrasi terkini Lesen Memandu Malaysia (LMM)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan rekaan illustrasi terkini Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan.

Menurut Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Bin Ramli, rekaan illustrasi LMM versi terkini ini berupaya mencegah unsur-unsur pengubahsuaian dan pemalsuan kad, serta mempunyai daya tahan penggunaan untuk tempoh maksima 10 tahun.

Mengulas lanjaut, beliau menerangkan dari aspek reka bentuk ilustrasi, LMM versi terkini mempunyai gambar latar belakang yang memaparkan Bangunan Sultan Abdul Samad dan motif abstrak gelombang pada bahagian hadapan, serta Istana Negara dan motif abstrak flora pada bahagian belakang.

“Pada masa ini, cetakan fizikal kad LMM versi terkini masih hanya dibenarkan untuk pemohon kategori warganegara yang akan ke luar negara dan bukan warganegara sahaja,” ujarnya.

“Cetakan kad LMM untuk kategori yang dibenarkan pada masa ini telah pun berlangsung secara berperingkat di cawangan-cawangan JPJ tertentu bagi memberi masa kepada tempoh peralihan daripada sistem kad versi sebelumnya kepada versi terkini,” katanya lagi.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top