Business

Renjun Wan EPG Terlibat dalam Rundingan Infrastruktur Digital di Sidang Kemuncak ASEAN-China-GCC 2025

Pada 27-28 Mei 2025, Sidang Kemuncak ASEAN-China-GCC dan Forum Ekonomi 2025 sulung berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. EPG (“EPG”), sebuah syarikat pembuatan terkemuka yang mengkhusus dalam produk pusat data pasang siap (modular), mengambil bahagian sebagai syarikat yang ditonjolkan, dengan Pengerusi Renjun Wan menghadiri sidang kemuncak ini dan mengambil tempat untuk menyertai sesi wawancara eksklusif bersama majalah Fortune, salah satu hos bagi acara ini.

En. Wan mengesahkan sekali lagi komitmen jangka panjang EPG terhadap Malaysia sebagai pangkalan operasi syarikat ini di Asia Tenggara, memetik perdampingan strategik Johor dengan ekosistem infrastruktur digital Singapura dan dasar pro-perniagaan Malaysia. EPG sudahpun melancarkan sebuah kemudahan pembuatan yang canggih di Johor dan memulakan pembinaan kilang kedua pada Mac 2025.

Kilang pintar ini akan dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran serantau EPG dan kesambutan rantaian bekalan, mengupayakan penggunaan penyelesaian pusat data sedia-AI yang pantas untuk penyedia perkhidmatan awan yang utama termasuk Microsoft, Google dan AWS. Pusat data modular pasang siap EPG mentransformasikan industri ini—mengurangkan kitaran penghantaran daripada 3 tahun kepada 8–12 bulan, mengurangkan kos sebanyak 20%–30% dan memperoleh bahagian pasaran dengan pantas (30%–50% pertumbuhan) berbanding binaan lazim.

Pada masa yang sama, EPG melancarkan teknologi pendinginan cecair termaju dan penyelesaian storan tenaga hijau untuk pusat data AI (AIDC). Inovasi ini memberikan prestasi PUE (Keberkesanan Penggunaan Kuasa) yang utama dalam industri sekali gus mengurangkan pergantungan pada grid kuasa konvensional, seterusnya memberi tempat kepada syarikat ini sebagai pengupaya utama bagi infrastruktur digital rendah karbon di seluruh rantau ini.

Mengulas mengenai pendemokrasian kuasa pengkomputeran dalam era AI, En. Wan berkata, “Kesamaan kuasa pengkomputeran yang sebenar memerlukan penghapusan halangan infrastruktur melalui kemajuan teknologi. Penyelesaian modular pasang siap EPG yang sofistikated dapat mengatasi empat cabaran kritikal – kekurangan daratan, garis masa yang ketat, kekangan belanjawan dan pembatasan tenaga – lalu menjadikan kuasa pengkomputeran boleh dicapai walaupun dalam pasaran baru muncul dan persekitaran terkekang ruang.”

Disokong oleh tindanan teknologi dan portfolio produk EPG yang semakin berkembang, ekosistem kuasa pengkomputeran global sedang mengalami penaiktarafan yang transformatif. Anjakan yang terhasil ke arah infrastruktur teragih akan mengupayakan capaian yang lebih luas kepada perkhidmatan pengkomputeran yang cekap kos dan boleh skala—lantas mempercepat evolusi masa depan digital yang bingkas, mampan dan inklusif.

Sidang kemuncak ini menghimpunkan pegawai kanan kerajaan, eksekutif korporat dan pemimpin sektor teknologi dari ASEAN, China dan negara-negara anggota GCC bagi menangani isu-isu mendesak dalam hal integrasi ekonomi serantau dan pembangunan teknologi yang mampan.

Semasa berlangsungnya acara ini, Pengerusi EPG, Renjun Wan, bertemu dengan Tobias Ostermaier, Presiden Stationary Power Solutions di Rolls-Royce Power Systems dan Dato Jeffrey, Pengurus Besar Kuopacific Malaysia Sdn Bhd bagi meninjau prospek kolaborasi di Asia Tenggara. En. Wan juga terlibat dalam sesi perkongsian idea bersama Jason Kwon, Ketua Pegawai Strategi OpenAI dan para eksekutif kanan daripada Khazna Data Centers bagi mewujudkan asas yang kukuh demi perikatan perniagaan pada masa depan.

Memandang ke hadapan, EPG akan tetap memberi tumpuan pada inovasi rintis yang sejajar dengan kemajuan terkini dalam AI dan infrastruktur pengkomputeran. Syarikat ini meluaskan jejak mesra alamnya secara aktif bagi menyokong gelombang infrastruktur digital mampan yang seterusnya di seluruh Asia Tenggara dan serata dunia.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top