RJJ Hotels Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh tempatan di bawah kumpulan RIYAZ International Sdn. Bhd., telah menandatangani perjanjian pelesenan strategik dengan Jin Jiang Hotels China Region, kumpulan hotel kedua terbesar di dunia, dalam satu langkah penting untuk memperkukuh kolaborasi rentas sempadan dalam sektor hospitaliti serantau.
Perjanjian ini memberikan hak eksklusif kepada RJJ Hotels untuk mengurus dan mengembangkan lima jenama utama di bawah Jin Jiang Hotels di rantau Asia Tenggara – meliputi pasaran utama seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam, Filipina, Kemboja dan Laos.
Permulaan di Laos: Tanda Milestone Pertama
Tanda aras pertama kerjasama ini direalisasikan melalui Perjanjian Pengurusan Hotel (HMA) di Luang Prabang, Laos, yang ditandatangani oleh Sanher Investment & Development Co. Ltd. Hotel berkenaan akan membawa jenama Metropolo, antara jenama bersejarah Jin Jiang yang terkenal dengan reka bentuk mewah klasik yang dipadankan dengan elemen budaya tempatan.
Hotel tersebut dijangka dibuka pada awal tahun 2026 dengan sasaran kategori 4 hingga 5 bintang, mengandungi 100 bilik ke atas dan terletak di bandar bersejarah utama.
“Projek ini mencerminkan keyakinan kami terhadap potensi jangka panjang sektor pelancongan Asia Tenggara,” kata Liu Hegeng, Pengurus Besar Sanher Investment & Development Co. Ltd.
Malaysia Dipilih Sebagai Ibu Pejabat Operasi Serantau
Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini dan destinasi pelancongan utama dengan kehadiran lebih 25 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2024, telah dipilih sebagai ibu pejabat operasi ASEAN bagi RJJ Hotels.
“Kerjasama ini membuktikan keyakinan tinggi terhadap pasaran hospitaliti ASEAN. RJJ bersedia menjadi peneraju dalam membentuk pembangunan hotel rentas sempadan dengan gabungan pengalaman pengurusan serantau serta sistem dan kekuatan jenama Jin Jiang,” ujar Mohammed Amin Mohammed Sidek, Pengarah Eksekutif RJJ Hotels.
Lima Jenama Hotel Akan Dikembangkan di Asia Tenggara
Melalui perjanjian ini, RJJ Hotels akan mengurus lima jenama hotel utama di bawah portfolio Jin Jiang:
-
Metropolo Jinjiang Hotels – Hotel bandar bertaraf 4 & 5 bintang
-
Ginco Hotel – Resort mewah bertaraf 5 bintang
-
Renjoy Hotel – Resort eksklusif bertaraf 5 bintang
-
Lavande – Hotel perniagaan kelas pertengahan
-
Jinjiang Inn – Hotel ekonomi premium
RJJ menyasarkan untuk menandatangani sehingga 200 perjanjian pengurusan hotel dan mengendalikan lebih 100 hotel dalam tempoh lima tahun akan datang.
Lokasi sasaran termasuk Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Jakarta, Bali, Vientiane, Ho Chi Minh City, Hanoi, Ha Long Bay dan Manila.
Persidangan Pelabur dan Pelancaran Rasmi – Ogos 2025
Sebagai tanda pelancaran kerjasama ini, satu Persidangan Pelabur akan diadakan pada 27 Ogos 2025 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Acara ini dijangka menghimpunkan lebih 400 pelabur dari China dan rantau ASEAN, dan akan memperkenalkan Jin Jiang Global Purchasing Platform (GPP) di Asia Tenggara.
GPP, yang diuruskan oleh NOVAC Hospitality Sdn. Bhd., akan menyediakan akses langsung kepada kelengkapan perabot (FF&E) dan peralatan operasi (OS&E) yang berkualiti serta kos efektif untuk menyokong pengembangan pantas rangkaian hotel serantau.
Untuk maklumat lanjut tentang RJJ Hotels, sila layari:
🌐 www.rjjhotels.com
📧 Untuk permohonan ke acara pelancaran: [email protected]
