Politik

Saifuddin letak jawatan setiausaha agung PKR, Fauziah Salleh dilantik

Fauziah Salleh dilantik sebagai setiausaha agung PKR selepas Saifuddin Nasution Ismail melepaskan jawatan tersebut, dalam penyusunan semula jawatan penting parti itu.

Menurut pengumuman oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Naib Presiden parti itu tadi, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri akan menumpukan usaha beliau sebagai ketua setiausaha Pakatan Harapan, anggota Biro Politik PKR dan ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan, katanya dalam kenyataan.

Nik Nazmi turut berkata penyusunan semula jawatan ini untuk memantapkan gerak kerja parti, dan juga menyaksikan jawatan pengerusi PKR Pahang diambil alih oleh Rizal Jamin.

Sehubungan itu, di Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri mengambil alih jawatan pengerusi negeri yang disandang Naib Presiden Chang Lih Kang.

Sementara itu, Majlis Pimpinan Pusat PKR bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan yang dianggotai Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, Fuziah Salleh selaku setiausaha agung, Bendahari Agung William Leong, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Munim, dan Timbalan Ketua Wanita Juwairiya Zulkifli dengan Saifuddin selaku penasihat.

Nik Nazmi turut berkata semua lantikan ini berkuat kuasa serta-merta.

 

 

PALING POPULAR

To Top