Business

Samsung Malaysia jemput pelajar pamerkan kemahiran STEM pada Pertandingan Solve for Tomorrow 2024 Edisi Keenam

Gambar Samsung Malaysia

Samsung Malaysia Electronics dengan bangganya mengumumkan kembalinya edisi keenam ‘Samsung Solve for Tomorrow (SFT) 2024’.

SFT merupakan pertandingan untuk golongan remaja, bagi memberi inspirasi kepada minda-minda muda untuk mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan menangani cabaran dalam komuniti mereka dengan kuasa Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Dengan tema ‘Start with Can’ di seluruh negara, para pelajar Malaysia yang berumur 13 hingga 15 tahun sekali lagi dijemput untuk mengenalpasti isu-isu tempatan yang mendesak dan mencipta penyelesaian inovatif dengan STEM untuk membawa perubahan positif serta berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM80,000 dalam bentuk teknologi dan bekalan untuk bilik darjah.

Inisiatif ini merupakan usaha kolaboratif antara Samsung Malaysia dan Universiti Malaya untuk memupuk minat dan kemahiran awal dalam STEM dengan harapan dapat melengkapkan generasi akan datang dengan set kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dan cemerlang apabila mereka memasuki alam pekerjaan dalam masa terdekat.

Ini sejajar dengan visi negara untuk membina kumpulan bakat STEM yang mampan bagi memacu Malaysia ke arah matlamatnya menjadi negara berteknologi tinggi menjelang 2030.

Pengarah Hal Ehwal Korporat Samsung Malaysia, Dato’ Roh Jae Yeol berkata “Generasi Alfa telah berada dalam dunia yang celik teknologi, kreativiti dan keberanian yang hebat dalam meneroka dan mempelopori inovasi. Trend ini sejajar dengan permintaan kerja masa depan dalam bidang-bidang seperti kecerdasan buatan, IoT dan teknologi canggih.

“Di Samsung, kami percaya minda-minda muda boleh mengatasi cabaran-cabaran komuniti mereka melalui inovasi, dedikasi dan semangat. Samsung SFT adalah lebih daripada sekadar pertandingan; ia berperanan sebagai pemangkin, memperkasakan semua remaja Malaysia untuk merealisasikan keupayaan mereka dan mengubah idea mereka menjadi penyelesaian-penyelesaian nyata yang menyumbang kepada masa depan yang lebih baik.”

Pengarah Pusat STEM Universiti Malaya, Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar berkata “Kami mengalu-alukan semua innovator remaja Malaysia untuk mengatasi halangan bahasa dan mempamerkan kreativiti mereka dalam pertandingan ini. Kami mempunyai kepercayaan penuh bahawa minda muda ini boleh mengubah dunia. Sebagai pendidik, kami bertanggungjawab mempersiapkan mereka untuk mengemudi sempadan digital dan membawa perubahan positif.”

“Inisiatif ini juga menandakan komitmen penting kami untuk memupuk pendidikan STEM peringkat awal, satu langkah kritikal dalam memupuk kumpulan bakat yang akan memacu pembangunan ekonomi negara kita,” tambah beliau.

Pertandingan Samsung SFT 2024 memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara untuk mempamerkan idea inovatif mereka dengan menangani masalah dunia sebenar menggunakan prinsip-prinsip STEM dalam penulisan 800 perkataan.

Penyertaan-penyertaan akan dinilai oleh Samsung Malaysia dan Universiti Malaya berdasarkan pelbagai kriteria seperti perkaitan isu, kreativiti, kebolehlaksanaan, aplikasi STEM dan pembentangan penyelesaian yang inovatif. 10 pasukan teratas akan mara ke pusingan seterusnya, di mana mereka akan mempertingkatkan dan membentangkan idea mereka.

Penyertaan-penyertaan yang terpilih untuk pertandingan Samsung SFT 2024 akan diumumkan di laman web program pada Oktober 2024. Peserta-peserta yang terpilih akan mendapat manfaat daripada bimbingan dan panduan untuk memperhalusi idea mereka dan membangunkan prototaip di Bengkel Design to Win.

Pada Disember 2024, pemenang akan ditentukan melalui proses pitching yang kompetitif.

Hadiah Pertama: Produk Samsung bernilai sehingga RM28,000[1].

Hadiah Kedua: Produk Samsung bernilai sehingga RM24,000[2].

Hadiah Ketiga: Produk Samsung bernilai sehingga RM19,000[3].

Hadiah Keempat: Produk Samsung bernilai sehingga RM6,000[4].

Hadiah Kelima: Produk Samsung bernilai sehingga RM3,000[5].

 

Pendaftaran untuk SFT kini dibuka dan peserta mempunyai masa sehingga 16 September 2024 untuk menghantar penyertaan-penyertaan mereka.

Nantikan maklumat terkini dengan mengikuti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok rasmi Samsung Malaysia. Anda juga boleh menonton pembentangan yang berjaya daripada pemenang-pemenang tahun lepas di SFT – Pemenang-Pemenang | Samsung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai SFT 2024, sila layari https://www.samsung.com/my/solvefortomorrow/2024.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top