Samsung Malaysia hari ini memperkenalkan rangkaian peralatan rumah terbaharu menerusi pelancaran rasmi Bespoke AI 2025: Bespoke AI Side oleh Side Refrigerator, Bespoke AI Laundry Top Load dan Bespoke AI Jet Ultra. Direka untuk memberi kemudahan dan kehidupan yang lebih selesa dalam menjalani rutin harian, ciri-ciri peralatan yang berfungsi dengan pintar mengikut kesesuaian gaya dan cara hidup pengguna, menjimatkan penggunaan tenaga dan berintegrasi dengan mudah, bersesuaian dengan kehidupan seharian.
Charles Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics secara rasmi melancarkan barisan peralatan rumah pintar Bespoke AI yang terbaru.
“Di Samsung, misi kami adalah untuk memudahkan kehidupan harian melalui inovasi berasaskan AI. Dengan peralatan Bespoke AI, kami membawa konsep Rumah AI ke tahap yang lebih tinggi — memberikan solusi pintar yang menambah nilai kepada gaya hidup pengguna hari ini. Dikuasakan oleh ekosistem SmartThings, ciri keselamatan Knox Security, dan kawalan suara menerusi Bixby, kami mengubah cara pengguna berhubung dan menguruskan peralatan rumah mereka,” kata Encik Charles Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics.
Peralatan terkini itu juga menampilkan ciri skrin binaan dalam dan kawalan suara, membolehkan pengguna mengakses maklumat penting serta menguruskan rumah mereka pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Pengkhususan, Penyimpanan Makanan Pintar: Bespoke AI Side-by-Side Refrigerator
Dikuasai oleh AI, Bespoke AI Side-by-Side Refrigerator 594L tampil dengan skrin LCD AI bersaiz 9 inci yang memudahkan komunikasi antara peranti Samsung melalui Bixby dan menyokong pengalaman Multi-Device Experience (MDE). Dari menjawab panggilan hingga memainkan muzik dan mencari resipi melalui SmartThings Food Management – semuanya boleh diuruskan terus dari skrin peti sejuk. Pengguna juga boleh memantau isi peti sejuk secara masa sebenar untuk membeli-belah yang lebih efisien.
Peti sejuk ini mempunyai ciri AI yang mesra pengguna seperti Auto Open Door. Dilengkapi dengan sensor di kedua-dua sisi, ia dapat mengesan jika tangan pengguna sedang memegang barang dan ia akan terbuka secara automatik dengan sentuhan ringan atau arahan suara, mengurangkan kesulitan menjalani rutin harian. Dari segi penjimatan tenaga, AI Energy Mode dalam SmartThings membantu mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 10%[1]. Ia sentiasa mengawasi penggunaan tenaga, membuat anggaran bil elektrik bulanan dan memberikan cadangan pintar bagi menjimatkan tenaga. Setelah diaktifkan, ia mengoptimumkan kelajuan kompresor dan kekerapan kitaran nyahbeku mengikut masa yang sebenar. Untuk mengekalkan keadaan peti sejuk yang lebih segar dan bersih, ia turut turut dilengkapi penapis udara dan penyahbau UV yang mengawal bau dan memastikan udara segar setiap masa.
Lebih Pintar, Lebih Senyap, Lebih Bersih: Bespoke AI Laundry Top Load
Untuk meringankan kerja rutin harian mencuci baju, Samsung memperkenalkan teknologi AI kepada mesin basuh Bespoke AI™ Top-Load Washer dengan kapasiti 13kg-21kg, menjadikan kerja mencuci baju lebih mudah, lancar dan begitu senang. Dengan tiga fungsi AI utama — AI Wash, AI Energy Mode[2] dan AI Vibration Reduction Technology (VRT+™) — mesin basuh terbaharu ini menawarkan cucian yang pintar, cekap dan senyap. AI Wash akan mengesan jenis fabrik dan berat, melaraskan tetapan seperti paras air, putaran dan masa mencuci/membilas untuk hasil yang optimum. Pengguna boleh mengurangkan penggunaan tenaga mesin basuh mereka dengan menggunakan SmartThings AI Energy Mode. Apabila dipilih untuk kitaran[3] tertentu, ia akan membantu mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 20%[4] melalui algoritma yang dipertingkatkan bagi mengurangkan penggunaan[5] tenaga secara pintar. Teknologi AI VRT+™ pula memastikan mesin kekal senyap walaupun diletakkan di atas permukaan lantai yang tidak rata.
Mesin basuh terbaharu ini menampilkan teknologi Ecobubble™ untuk cucian yang lebih cekap dan mengurangkan kerosakan fabrik. Ia menggabungkan BubbleStorm™, yang melarutkan sabun cucian menjadi buih untuk penembusan fabrik yang lebih cepat, dan Dual Storm™, yang menghasilkan campuran menyeluruh antara buih dan pakaian. Sistem ini menggunakan sehingga 25% kurang tenaga[6] dan sehingga 13% kurang air[7] , mencuci 2.5 kali lebih cepat[8] dan memberikan sehingga 20% penjagaan fabrik[9] yang lebih baik , mengurangkan kelusuhan pakaian.
Pengguna juga boleh memantau mesin dari jauh melalui SmartThings. Untuk ketenangan minda, Digital Inverter Motor dilindungi oleh waranti[10] selama 20 tahun, menawarkan ciri-ciri yang tahan lebih lama dan prestasi yang boleh dipercayai.
Pembersih Berprestasi Kami yang Paling Berkuasa: Bespoke AI Jet Ultra
Turut membuat kemunculan pertamanya adalah pembersih vakum tanpa wayar paling berkuasa dari Samsung, Bespoke AI Jet Ultra. Dengan daya sedutan sehingga 400W[11], ia dengan mudah dapat melakukan tugas pembersihan walau sesukar manapun. Terasnya, HexaJet Motor, yang direka dengan struktur berbentuk heksagon, penyerapan peringkat kedua, dan pendesak yang lebih nipis untuk aliran udara yang lebih optimum dan kecekapan motor. Motor ini juga membenarkan sehingga 100 minit pembersihan dengan sekali cas dalam mod minimum, menjadikannya lebih ideal untuk membersihkan seluruh rumah dalam satu sesi.
Dilengkapi dengan AI Cleaning Mode 2.0, vakum ini mengesan beban berus dan tekanan udara, dan secara automatik mengoptimumkan kemampuannya melakukan enam tugas pembersihan. Sama ada dengan menggunakan Active Dual Brush atau Slim LED Brush+, ia melakukan kerja pembersihan pada tahap Mod Pertengahan di samping mengurangkan penggunaan bateri dan meningkatkan pergerakannya[12]. Multi-layered Filtration System vakum ini mampu menyedut habuk halus dengan kecekapan 99.999%[13], manakala teknologi penapisan HEPA menangkap zarah sekecil 0.3µm, membantu menghalang habuk daripada dilepaskan semula ke udara.
Sambungan Wi-Fi dan SmartThings membolehkan pengguna memantau prestasi vakum daripada jauh, manakala skrin LCD akan memaparkan sebarang makluman, status bateri dan juga panggilan masuk — amat memudahkan semasa melakukan tugas pembersihan.
Pengalaman Meyakinkan dengan Keselamatan Knox yang lebih kukuh
Disokong oleh teknologi keselamatan Samsung, barisan produk terkini hadir dengan Samsung Knox, yang melindungi data pengguna dengan sistem keselamatan berlapis — menjadikan kediaman berasaskan rumah pintar yang lebih selamat dan boleh dipercayai. Knox Vault turut diperkenalkan untuk menyimpan data sensitif seperti kata laluan secara selamat dalam cip perkakasan khas.
Bagi melindungi pengguna daripada kemungkinan serangan kuantum pada masa hadapan, Samsung telah memasukkan Post-Quantum Cryptography (PQC) ke dalam Knox Matrix Credential Sync untuk produk yang dilengkapi skrin. Selain itu, Samsung meningkatkan penyelenggaraan produk dengan SmartThings Home Care, yang menggunakan AI untuk mengawasi status peralatan dan menghantar notifikasi jika terdapat sebarang isu. Wakil petugas teknikal juga boleh memberikan bantuan jarak jauh berdasarkan hasil diagnosis awal.
Ketahui lebih lanjut tentang peralatan rumah Bespoke AI 2025, layari:
https://www.samsung.com/my/home-appliances/bespoke-home/
