Umum

Satu lagi tanah mendap dikesan di Jalan Masjid India

Gambar Facebook

Satu lagi kejadian tanah mendap terlihat anggaran 50m dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Kejadian tanah mendap itu dipercayai berlaku kira-kira 2.30 pagi tadi selepas hujan lebat dan ribut pada malam tadi.

Bagaimanapun, tinjauan di lokasi mendapati kawasan itu ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Orang awam juga tidak dibenarkan berada di lokasi berkenaan.

Pada Jumaat lepas, kejadian tanah jerlus menyebabkan seorang pelancong wanita, Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam 8m dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam hari ini.

 

 

PALING POPULAR

To Top