Segway, peneraju global bagi penyelesaian pengangkutan mikromobiliti, telahpun diiktiraf sebagai “jenama eKickScooter No.1 global” dari segi nilai jualan seluruh dunia pada tahun 2023. Dakwaan ini disahkan oleh Euromonitor International, sebuah organisasi penyelidikan pasaran yang berwibawa dengan lebih daripada 50 tahun pengalaman penyelidikan pasaran di serata dunia.
“Ia merupakan satu penghormatan yang besar apabila kami mencapai kedudukan No.1 global bagi jualan eKickScooter. Ini merupakan hasil daripada komitmen kami terhadap falsafah yang mengutamakan pengguna dan memfokuskan secara berterusan untuk memenuhi keperluan dan keinginan pelanggan kami yang telah memberikan kepercayaan mereka kepada kami,” kata Vincent Chen, presiden unit perniagaan mikromobiliti Segway-Ninebot. “Melangkah ke hadapan, kami akan terus berinovasi dan meningkatkan prestasi produk kami untuk memberikan pengalaman menunggang yang lebih baik dan lebih selamat kepada pengguna.”
Jualan seluruh dunia bagi eKickScooter berjenama Segway mencecah $299.7 juta USD (2.1 bilion yuan) pada tahun 2023, menjadikannya jenama No. 1 bagi nilai jualan eKickScooter di peringkat global.
Pencapaian penting yang lain untuk Segway termasuk pelancaran siri eKickScooter berjenama pertamanya, siri ES dalam Ogos 2017. Siri ES merupakan eKickScooter pertama di pasaran yang menyokong pengembangan bateri.
Pada September 2019, Segway memperkenalkan MAX G30, model unggulan yang menetapkan standard baharu dalam kejuruteraan, reka bentuk dan ujian, mempelopori aplikasi kenderaan pengangkutan eKickScooter, yang membawa kepada reputasi pasaran yang cemerlang dan jualan utama.
Hari ini, Segway memegang lebih daripada 800 paten untuk eKickScooter dan produknya dijual di lebih 100 negara dan wilayah seluruh dunia, membawa pengalaman menunggang hijau dan selamat kepada lebih daripada 10 juta penunggang.
Segway menggapai satu lagi pencapaian pada Disember 2024, apabila ia menjadi jenama pertama di dunia yang mendapat Tanda Prestasi Mikromobiliti Disahkan yang baharu untuk beberapa eKickScooter miliknya oleh UL Solutions. Tanda berkenaan memperakui bahawa produk-produk tersebut telah menjalani ujian penentusahan dakwaan bebas bagi memastikan dakwaan prestasi adalah tepat.
Di CES 2025, Segway mempamerkan inovasi terkininya, termasuk generasi ketiga eKickScooter miliknya. Sorotan produk termasuk siri Segway Ninebot E3 untuk pengangkutan ringan, siri Segway Ninebot F3 untuk ulang-alik bandar harian, Segway Ninebot MAX G3 untuk perjalanan dan penerokaan jarak jauh, siri Segway ZT3 luar jalan dan siri Segway GT3 berprestasi tinggi. Barisan produk yang pelbagai ini memenuhi pelbagai keperluan mobiliti peribadi, lalu memperkukuh komitmen Segway untuk kekal menjadi peneraju global bagi mikromobiliti dan mempromosikan mod pengangkutan yang lebih mudah, mampan dan lebih bersih untuk orang ramai di seluruh dunia.