Business

Sidang Kemuncak Rantaian Bekalan dedah Pelaburan RM1 Bilion Bina Ekosistem Rantaian Bekalan di Malaysia

Sidang Kemuncak Ekosistem Rantaian Bekalan Pusat Data yang diadakan oleh GDS International (GDSI) di Johor Bahru, Malaysia pada 27 Oktober 2024, telah menghimpunkan lebih daripada 400 hadirin, termasuk pemimpin kerajaan, pakar industri, rakan kongsi utama dan pembekal global GDSI dari seluruh China, Malaysia, Singapura, Jepun, AS dan Eropah, bagi menunjukkan kebangkitan Malaysia sebagai pusat data dan juga hab rantaian bekalan.

Sidang kemuncak ini mendedahkan pelaburan sebanyak RM1 bilion daripada pembekal GDS International untuk menubuhkan kilang dan pusat perkhidmatan bersepadu di Malaysia, yang diunjurkan akan menjana keluaran tahunan melebihi RM5 bilion dan mencipta lebih 5,000 peluang pekerjaan. GDS International menyasarkan untuk memberi kedudukan kepada Malaysia bukan sahaja sebagai hab pusat data tetapi juga sebagai hab rantaian bekalan global dan pembuatan termaju.

Sidang kemuncak ini menonjolkan rangkaian pembekal GDSI yang ekstensif, yang memainkan peranan penting dalam membangunkan ekosistem digital dan ekonomi Malaysia. Lima pembekal, termasuk EPG, Longmotive, Cooltech, Morimatsu Dialog dan Wasion Energy, menjanjikan sebanyak RM360 juta tergabung untuk membina kilang baharu di Malaysia, yang dijangka akan mencipta lebih 700 peluang pekerjaan tempatan.

William Huang, Pengerusi GDS International, menekankan: “Dengan pembangunan pusat data berskala besar GDS International dan sebagai tindak balas kepada permintaan yang ketara daripada pasaran Malaysia dan pasaran antarabangsa masa depan, kami bermatlamt untuk membina ekosistem rantaian bekalan di Malaysia yang dapat memenuhi keperluan global. Usaha ini mendapat sokongan padu daripada kerajaan dan sejajar dengan strategi dan kepentingan nasional Malaysia, menyumbang dengan ketara kepada penciptaan peluang pekerjaan dan peningkatan eksport.”

Acara ini turut menampilkan perkongsian strategik yang ditandatangani bersama Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bertujuan untuk menyelaraskan pembangunan bakat dengan keperluan industri. Perkongsian ini akan mewujudkan latihan amali, projek penyelidikan bersama dan kursus khas bagi mempersiap tenaga kerja Malaysia untuk peluang masa depan.

Semasa sidang kemuncak ini, SIRIM menganugerahkan Sijil Penentukuran Pusat Data pertama kepada GDS International. Perkongsian ini menandakan satu langkah penting dalam menetapkan piawaian industri untuk prestasi dan kemampanan.

Jamie Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif GDS International, berkata: “Pencapaian pada hari ini hanyalah permulaan. Komitmen kami untuk menyepadukan rantaian bekalan antarabangsa dengan rakan kongsi tempatan Malaysia akan memupuk ekosistem kolaboratif yang meningkatkan kemahiran, kecekapan operasi serta inovasi. Melalui usaha berterusan dan masa depan kami untuk membina ekosistem rantaian bekalan yang kukuh, kami menyasarkan untuk memberi kedudukan kepada Malaysia sebagai hab bagi pembuatan termaju, meningkatkan eksport, memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan, sekali gus menetapkan standard global untuk kecemerlangan.”

Pengumuman dan pengiktirafan ini disaksikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, bersama-sama dengan Menteri Digital YB Gobind Singh Deo, Timbalan Menteri MITI YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Komunikasi YB Teo Nie Ching, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna Dan Sumber Manusia Negeri Johor YB Lee Ting Han dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA YB Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.

YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Chief Minister of Johor, delivers the keynote address at the GDS International Data Center Supply Chain Ecosystem Summit 2024.
YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Chief Minister of Johor, delivers the keynote address at the GDS International Data Center Supply Chain Ecosystem Summit 2024.

YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor, memuji usaha GDS International dan rakan kongsinya, menyatakan: “Saya ingin merakamkan penghargaan kepada komitmen GDS International dan rakan kongsinya, yang menunjukkan kekuatan ekosistem Johor untuk pusat data dan pertumbuhan yang dipacu oleh teknologi.” Beliau menekankan kepentingan Johor bukan sahaja sebagai peneraju dalam skala tetapi juga dalam kualiti dan kemampanan penawarannya. Menteri Besar memuji usaha GDS International dalam pembangunan bakat, peningkatan kemahiran dan penggunaan awal penyelesaian kuasa hijau dan tenaga boleh baharu, menggalakkan pusat data lain untuk mengikuti contoh ini.

Menteri Digital YB Gobind Singh Deo menggesa para hadirin untuk menyedari kepentingan rantaian bekalan yang mantap: “Industri pusat data merupakan tulang belakang bagi ekonomi moden. Johor menjadi salah satu hab pusat data yang terbesar di negara ini dan komitmen GDS International menunjukkan keyakinan mereka terhadap ekonomi digital kita yang berkembang maju.”

Timbalan Menteri MITI YB Liew Chin Tong memuji sidang kemuncak ini: “Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa GDS International, pengusaha utama dalam industri pusat data Malaysia, telah menganjurkan sidang kemuncak ini sejajar dengan matlamat kami untuk memperkasakan syarikat tempatan untuk penyertaan yang aktif dalam rantaian bekalan pusat data. Sidang kemuncak ini merupakan langkah yang penting untuk memastikan industri ini memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dari segi ekonomi.”

Sidang kemuncak ini menampilkan rakan kongsi strategik utama GDS International—MIDA, MDEC, IRDA, Invest Johor, SIRIM dan PLANMalaysia—memperlihatkan usaha kolaboratif untuk memupuk sebuah ekosistem kemajuan teknologi dan inovasi.

YB Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, menyatakan, “Pusat data menyediakan lombong emas peluang yang sebenarnya untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana kita bagi memasuki rantaian nilai global. Dan ini seterusnya memupuk pembangunan bakat tempatan kita, memacu inovasi teknologi dan mendorong pertumbuhan ekonomi dalam ekosistem ini.”

From left to right: Deputy Minister of MITI YB Liew Chin Tong, Chief Minister of Johor YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Minister of Digital YB Gobind Singh Deo, and Deputy Minister of Communications YB Teo Nie Ching, accompanied by GDS International CEO Jamie Khoo, view the supplier exhibition booths at the GDS International Data Center Supply Chain Ecosystem Summit 2024.
From left to right: Deputy Minister of MITI YB Liew Chin Tong, Chief Minister of Johor YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Minister of Digital YB Gobind Singh Deo, and Deputy Minister of Communications YB Teo Nie Ching, accompanied by GDS International CEO Jamie Khoo, view the supplier exhibition booths at the GDS International Data Center Supply Chain Ecosystem Summit 2024.

Sidang kemuncak sepanjang hari ini turut membawakan pameran pembekal dan sesi perkongsian, majlis penyampaian anugerah, pembentangan berfokus dan perbincangan panel yang menampilkan penceramah daripada organisasi terkemuka, termasuk BCG, Cortical Labs, Schneider Electric, PwC, Maybank, UOB, Supermicro, Sembcorp dan banyak lagi.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top