Tidak tahan dengan sikap netizen yang suka menghentam dan mengkritik tentang kisah peribadinya, usahawan cantik Nur Sajat menekan butang private terhadap akaun instagramnya.
Menurutnya keputusan itu adalah langkah terbaik bagi mengelakkan dirinya menjadi bahan kecaman netizen. Namun, tindakannya itu membuatkan ramai pengikut secara ‘rahsia’ follow akaun Instagramnya untuk mengetahui perkembangannya terkini.
Namun, tindakan followers yang secara tiba-tiba ‘muncul’ di list follow requests nya itu tidak disenangi olehnya kerana menganggap mereka hanya ingin melihat dan menghentam dirinya.
Ramai yang plastik, suka kecam dan kondem hidup saya
Dalam banyak banyak ini ramai yang plastic!!! Yang follow ramai nak kecam dan kondem kita!!! Bila kita start buat privite,baru terhegeh-hegeh nak follow!!!!…Ini lah melayu…suka kecam dari jujurkan diri tu… kebanyakkan nya semua suka kondem saya.. suka kata hal anak anak saya,status saya..hidup aku suka hati mak ayah aku lah oii!!
Silap-silap kau tu mati kubur berasap
Korang tak payah nak jaga mati hidup orang!! Mana kala kehidupan korang yang suka kecam aku semua yang sedih!!! Nak kata nanti mati nanti macam mana kan!!! Ko try lah mati dulu!!! Silap2 ko tu mati kubur berasap… sebab suka menebur fitnah pada org ramai!!!! Giler punya manusia!!! Kadang-kadang otak tu letak kat lutut!!!
Dok kecam orang, lepas tu nak mintak tips kejayaan
Dok kecam2 orang.. ending nak TIPS kerjayaan!!! Tips kerjayaan ini bermula dari hati yang bersih!! Tak ada hasrat dengki!!! Tak bz body!!! Kalau korang ada sifat macam tu!!! Tu lah puncanya korang tak boleh berjaya!!! PANAS TENGOK ORANG YANG KURANG SEMPURNA BERJAYA DARI KORANG!!! Macam mana nak berjaya!!! Hati tu berulat ulat busuk hati!!!! Lepas tu mula lah nak BOMOH SANA SINI!!! WALAUPUN KO SEMBAHYANG TONGGANG TONGGEK…. bila cakap,tiang agama!!! Mana kala ko jumpa bomoh dan pak dukun tu tiang agama!!! Giler punya manusia!!!