Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) telah mencapai pencapaian terulung dalam penjagaan pesakit, menjadi hospital pertama di Asia-Pasifik untuk mencapai empat pensijilan Pusat Kecemerlangan oleh Australian Council on Healthcare Standards International (ACHSI). Pensijilan ini mengiktiraf perkhidmatan Kardiologi, Gastroenterologi dan Pediatrik SJMC, melengkapkan pensijilan yang pertama untuk Onkologi.
Pencapaian terbaharu ini mempertingkatkan rekod kecemerlangan penjagaan kesihatan SJMC yang mengagumkan, termasuk pentauliahan oleh Joint Commission International (JCI) sebanyak tiga kali dan pentauliahan Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) sebanyak enam kali. SJMC juga merupakan salah satu daripada empat finalis untuk Program Hospital Pelancongan Perubatan Utama 2023–2025 oleh Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) yang disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju global untuk pelancongan perubatan. Penghargaan ini menunjukkan komitmen SJMC untuk memenuhi piawaian kebangsaan dan antarabangsa bagi meningkatkan kualiti, keselamatan dan penjagaan berpusatkan orang dalam seluruh kepakarannya.
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, En. Simon Fellows, yang menghadiri majlis pensijilan itu, memuji SJMC, dengan menyatakan, “Pencapaian ini menjadikan SJMC sebagai peneraju dalam penjagaan kesihatan, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh rantau ini. Malaysia terkenal dengan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi dan industri pelancongan perubatan yang berkembang maju. Australia berbangga untuk menyokong reputasi Malaysia yang semakin meningkat untuk kecemerlangan penjagaan kesihatan, dan kami berharap dapat mengukuhkan perkongsian penjagaan kesihatan antara kedua-dua negara kami.”
Proses penilaian ACHSI mengikut piawaian EQuIP7 Core and Ambulatory Standards, menggunakan EQuIP7 Resource Guide bersama Advanced Person-Centred Systems (PCS) Module Guide. SJMC dinilai berdasarkan kriteria utama seperti pengalaman pesakit, pengurusan korporat, kecekapan tenaga kerja, hasil yang boleh diukur dan nilai penjagaan keseluruhan, memastikan organisasi tersebut diiktiraf memenuhi piawaian penjagaan kesihatan yang tertinggi.
Komitmen kepada Kecemerlangan
“Selama 40 tahun, SJMC telah menjadi hospital swasta tertiari yang terkemuka, mengukuh penjagaan dan amalan kami untuk menyampaikan penjagaan kesihatan berasaskan nilai yang komprehensif. Empat Pusat Kecemerlangan ini memperakui dan mengesahkan pendekatan penjagaan berpusatkan orang oleh pasukan pelbagai disiplin yang menumpukan kepada peningkatan kesihatan dan kesejahteraan pesakit untuk penjagaan kesihatan yang lebih berkesan dan cekap,” kata En. Bryan Lin, Ketua Pegawai Eksekutif SJMC.
“Kami berbangga menjadi hospital swasta yang pertama di Asia-Pasifik untuk menerima empat pensijilan Pusat Kecemerlangan ACHSI. Pensijilan ini lebih daripada satu pengiktirafan — ia adalah komitmen untuk penambahbaikan berterusan, untuk meneraju dalan bidang sains perubatan, dan untuk memastikan setiap pesakit yang melalui pintu kami menerima rawatan bertaraf dunia dengan ketenangan fikiran sepenuhnya,” tambahnya.
Cik Louise Cuskelly, Pengarah Eksekutif ACHSI dan Perundingan, mengucapkan tahniah atas pencapaian SJMC dengan menyatakan, “Akreditasi Pusat Kecemerlangan ACHSI dianugerahkan kepada organisasi penjagaan kesihatan yang telah menunjukkan kepakaran dan pencapaian luar biasa dan seterusnya menyediakan penjagaan terbaik dan pengalaman pesakit yang cemerlang. Dengan memenuhi piawaian penilaian yang ketat ini, SJMC mengesahkan semula kepimpinannya dalam penjagaan kesihatan Malaysia dan serantau.”
Pengiktirafan Global yang Dihormati
Sejak penubuhannya pada tahun 1974, ACHSI telah menjadi organisasi bebas dan bukan untung yang berdedikasi untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan melalui piawaian dan akreditasi yang diiktiraf di peringkat global. Organisasi tersebut komited membantu penyedia penjagaan kesihatan menyampaikan penjagaan pesakit yang selamat dan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan sejagat.
Perkhidmatan pelbagai disiplin SJMC terus menerima pengiktirafan global, termasuk SJMC Newsweek’s World’s Best Hospitals 2025 and Best Specialised Hospitals APAC 2024, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu hospital terbaik di rantau Asia Pasifik.Tujuh bidang kepakaran yang mendapat pengiktirafan dalam senarai ini termasuk pediatrik, kardiologi, pembedahan jantung, onkologi, endokrinologi, neurologi, dan ortopedik.
Selain menyediakan penjagaan pesakit yang komprehensif, SJMC komited untuk menawarkan teknologi dan kemudahan perubatan termaju, seperti Radixact-X9 Tomotherapy dengan Synchrony dan ExacTrac Dynamic untuk radioterapi, pengimejan jantung lanjutan dengan Sistem CARTO® 3, dan wad jagaan harian kemo pediatrik yang canggih. Inovasi ini menyokong SJMC untuk menyokong pesakit dalam perjalanan yang lancar dari pengesanan, rawatan hingga pemulihan.
Untuk maklumat lanjut mengenai SJMC dan perkhidmatannya, layari https://subangjayamedicalcentre.com/.
