Umum

Speaker DUN Kelantan umum kekosongan kerusi DUN Nenggiri

Gambar Facebook

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri mulai hari ini.

Menurut beliau, DUN Kelantan menerima notis bertulis di bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan daripada Adun Nenggiri, Azizi Abu Naim pada 13 Jun dan Bersatu pada 12 Jun lalu memaklumkan beliau hilang keahlian Bersatu serta berlaku kekosongan luar jangka kerusi itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya menerima notis kekosongan,” katanya di pejabatnya di Kota Bharu.

Azizi antara enam enam Ahli Parlimen dan Adun Bersatu yang tergugur keahlian parti Bersatu kerana mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Ahli Parlimen lain yang menyokong Anwar ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari pula menyokong Amirudin.

Terdahulu media melaporkan kesemuanya gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

PALING POPULAR

To Top