Umum

SPR tetapkan PRK Nenggiri pada 17 Ogos

Gambar Hiasan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos dengan penamaan calon pada 3 Ogos dan undian awal pada 13 Ogos.

PRK Nenggiri ini diadakan susulan kerusi itu yang disandang Mohd Azizi Abu Naim telah diisytiharkan kosong.

Pada 19 Jun lalu Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Abdullah, mengisytiharkan kerusi Nenggiri kosong selepas dimaklumkan Azizi bukan lagi ahli Bersatu.

Menurut laporan media, Bersatu menyatakan keahlian Azizi terhenti selepas dia gagal mengisytiharkan kesetiaannya kepada parti dan menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Azizi memfailkan permohonan awal minggu ini untuk mencabar tindakan Bersatu menghentikan keahliannya dan kekosongan kerusi DUN Nenggiri.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonannya mendapatkan injunksi sementara untuk menghentikan PRK itu.

Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dipilih sebagai Adun Nenggiri pada PRN Ogos tahun lalu.

PALING POPULAR

To Top