Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengumumkan tujuh inisiatif utama di bawah pelan SSM 2025, yang bertujuan memperkukuhkan ekosistem perniagaan negara serta membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) berdepan cabaran pematuhan korporat dan kos operasi.
Antara inisiatif yang diperkenalkan termasuklah pengurangan kompaun berskala besar, pelaksanaan digitalisasi wajib, serta skim pengecualian yuran untuk golongan B40 dan OKU.
🔹 1. e-Advertisement untuk PLT Gulung Syarikat
PLT yang ingin menutup syarikat secara sukarela kini boleh menyiarkan iklan penggulungan menerusi portal SSM dengan kos hanya RM500, berbanding saluran tradisional sebelum ini.
🔹 2. Diskaun Kompaun & Fi Iklan hingga 95%
PLT yang ingin menggulung syarikat secara sah sebelum 30 September 2025 boleh menikmati pengurangan kompaun sehingga 95% dan fi e-Advertisement dikurangkan kepada hanya RM100.
🔹 3 & 4. Diskaun Kompaun untuk Kesalahan Umum
SSM menawarkan:
90% diskaun kompaun bagi kesalahan lazim di bawah Akta Syarikat dan Akta PLT.
95% diskaun untuk syarikat yang ingin memohon pemotongan nama (dihapus dari daftar) secara sukarela di bawah Seksyen 550 Akta Syarikat 2016.
Tarikh akhir semua permohonan: 30 September 2025
🔹 5. Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) Diteruskan
Golongan B40, pelajar IPT sepenuh masa, dan pasangan usahawan B40 terus layak mendapat pengecualian fi pendaftaran tahun pertama.
🔹 6. 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) Diteruskan
Golongan OKU kekal diberi pengecualian fi pendaftaran dan pembaharuan perniagaan, sebagai galakan menceburi bidang keusahawanan secara sah.
🔹 7. MBRS 2.0: Digitalisasi Dokumen Syarikat Bermula Mac 2025
Penyerahan dokumen secara digital melalui Malaysian Business Reporting System (MBRS 2.0) akan diwajibkan secara berperingkat:
Fasa 2 bermula 1 Mac 2025
Fasa 3 bermula 1 Jun 2025
Dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini, SSM menjangkakan lebih banyak perniagaan kecil dapat diselamatkan daripada penalti berat, di samping memperkukuh pematuhan dan kecekapan operasi syarikat secara digital.
> “#PerniagaanAndaBermulaDiSSM”
