Pada musim panas ini, ciptalah kenangan yang paling dihargai yang berkekalan sepanjang hayat apabila Grand Park Kodhipparu, Maldives mengundang seisi keluarga untuk keluar daripada kepompong kebiasaan dan menghayati sebuah dunia mewah tropika yang mempesonakan. Pakej Percutian Musim Panas Keluarga daripada pusat peranginan ini menjanjikan gabungan yang indah antara santaian, keseronokan dan masa berkualiti bersama-sama — kesemua ini berlatarkan keindahan alam semula jadi putih suci Lautan Hindi.
Sedia menerima tempahan sehingga 30 September 2025, tawaran masa terhad ini dicipta dengan teliti bagi memenuhi keperluan keluarga yang menginginkan pengalaman membebaskan diri di Maldives yang lancar dan imersif. Sama ada pengembara merancang percutian tiga malam yang singkat atau tinggal sementara lanjutan di pulau sehingga tiga puluh malam, Grand Park Kodhipparu memastikan setiap detik tidak mudah dilupakan.
Terletak hanya 20 minit perjalanan dengan menaiki bot laju dari Lapangan Terbang Antarabangsa Velana, Grand Park Kodhipparu yang memenangi anugerah ini terkenal dengan reka bentuknya yang elegan, suasana mendamaikan dan perkhidmatan intuitif. Pakej Percutian Musim Panas Keluarga merupakan bukti komitmen pusat peranginan ini untuk mengkurasikan pengalaman bermakna buat para tetamu daripada semua peringkat usia.

F&B Experiences – Sunset Rendezvous by the Beach
Sorotan Pakej Termasuk:
- Sarapan Bufet Harian: Mulakan setiap hari dengan sarapan bufet mewah yang menyajikan gabungan citarasa global dan makanan tradisional Maldives. Bermula daripada buah-buahan tropika hinggalah pastri yang baru dibakar dan stesen memasak secara langsung, selera setiap orang dipenuhi dengan cara yang paling memanjakan.
- Pemindahan Bot Laju Pergi Balik Percuma: Berkelana dengan mudah dan selesa kerana pusat peranginan ini menawarkan pemindahan bot laju kongsi percuma yang membolehkan tetamu menikmati pengalaman ketibaan dan keberangkatan yang indah dan mudah.
- Kanak-kanak Menginap, Bermain & Makan Percuma: Pakej ini disesuaikan dengan sempurna demi keseronokan keluarga. Kanak-kanak menginap secara percuma dan disambut dengan pelbagai aktiviti terkurasi di Kids’ Club, seiring dengan santapan percuma yang menyerupai sajian makanan yang ditempah oleh ibu bapa — sentuhan bertimbang rasa yang meningkatkan kemudahan sambil memupuk kenikmatan bersama.
- Sukan Air Tidak Bermotor: Bagi keluarga yang menginginkan pengembaraan percikan air, pakej ini termasuk satu jam capaian percuma ke sukan air tidak bermotor. Sama ada meluncur di atas permukaan perairan jernih dalam kanu, mengimbangkan diri di atas papan kayuh atau meneroka hidupan marin yang meriah dengan peralatan snorkel, tetamu boleh berhubung semula dengan alam semula jadi dan juga antara satu sama lain.
“Kami memahami betapa pentingnya untuk keluarga meluangkan masa berkualiti bersama-sama dan kami mencipta pakej ini bagi memastikan setiap ahli keluarga berasa dimanjakan dan juga mendapat inpirasi,” kata Citra Suriah, Pengarah Pemasaran Grand Park Kodhipparu, Maldives. “Menerusi keseimbangan yang harmoni antara santaian dan pengembaraan, Pakej Percutian Musim Panas Keluarga kami merangkum intipati tempat mencari ketenangan di pulau yang mewah namun menyentuh hati.”

Breeze Poolside Dining & Bar
Larikan diri daripada rutin harian dan nikmati pengalaman di sebuah tempat yang mana lagun berwarna biru pirus, pokok palma yang meliuk lentok dan juga layanan mesra bergabung bagi mencipta sebuah syurga keluarga yang sebenar. Terokai percutian musim panas yang sempurna di Grand Park Kodhipparu, Maldives — apabila kenangan abadi menanti di bawah sinar matahari Maldives.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila kunjungi www.parkhotelgroup.com/grand-park-kodhipparu-maldives.
