Umum

Talian HEAL KKM, 336 panggilan berkait bunuh diri diterima

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 telah menerima lebih 59,860 panggilan bagi tempoh 2022 hingga semalam yang termasuk sebanyak 336 kes tingkah laku cubaan untuk membunuh diri.

Daripada 336 kes tersebut, 138 merancang bunuh diri dan 198 idea untuk membunuh diri

Talian HEAL 15555 iaitu talian bantuan krisis pertama dikendalikan sepenuhnya pegawai psikologi (kaunseling) mula beroperasi pada 21 Okt 2022 bagi membantu individu menghadapi masalah kesihatan mental mendapatkan bantuan awal.

Ia beroperasi bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari termasuk cuti umum adalah antara inisiatif dilaksanakan bagi mencegah tingkah laku bunuh diri.

Sementara itu, Dzulkefly berkata daripada jumlah panggilan diterima talian tersebut, 35,590 (59%) klien menerima bantuan sokongan dan emosi manakala 24,270 (41%) diberikan intervensi khusus.

“Sebab itu sangat mustahak pengurus tertinggi organisasi dan tempat kerja sama ada pengarahnya dan (pengurus) yang lain supaya mewujudkan suasana empati dan suasana kerja yang adil.

Walaupun pimpinan mahu semuanya bekerja dengan hebat dan baik tetapi kita juga mesti tahu bahawa sebaik-baiknya adalah apabila kita dapat sokongan dan kerjasama daripada anak buah kita ketika mereka seronok untuk menjayakan apa dikatakan sebagai visi dan cita-cita organisasi, pemimpin mereka,

PALING POPULAR

To Top