Umum

Telur bukan lagi lauk rakyat marhaen

“DAHULU telur ayam boleh beli dengan harga RM7 atau RM8 sepapan, sekarang naik sehingga RM12 sepapan, malah ada peniaga mengenakan harga lebih mahal.”

Itulah antara rintihan kebanyakan rakyat di Malaysia selepas berdepan kenaikan harga telur dan kesukaran mendapatkan bekalan di pasaran.

Bagi rakyat pendapatan rendah dan sederhana di negara ini, telur adalah sumber protein paling murah.

Telur goreng dinikmati bersama nasi dan kicap pun sudah cukup sedap serta menyelerakan.

Bagi orang bujang pula, menu ‘nasi bujang’ berlaukkan telur bersama sup kosong sudah cukup mengenyangkan, malah lauk itulah yang paling murah dijual di kedai makan ataupun restoran.

Jika harga terus meningkat, nampaknya telur bukan lagi menu rakyat marhaen, apatah lagi buat golongan fakir miskin.

Apa lagi makanan yang boleh dinikmati golongan berkenaan sekiranya semua lauk-pauk bertukar menjadi harga kayangan.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top