Umum

Tengku Zafrul dipilih presiden baharu BAM

Gambar FB BAM

Menteri pelaburan, perdagangan dan industri, Tengku Zafrul Aziz dipilih secara sebulat suara sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam mesyuarat agung tahunannya yang ke-80.

Terdahulu, dilaporkan media majoriti ahli majlis BAM mencapai sepakat untuk menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu dilantik presiden bagi penggal 2025-2029.

Menurut laporan media, pemangku Presiden BAM, V Subramaniam berkata, mereka mahu bos yang terkenal sebagai tokoh korporat dan seorang menteri “dengan banyak pengalaman”.

Susulan itu, Tengku Zafrul menyatakan beliau mendapat peluang menerajui BAM dan diberikan lampu hijau oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top