Umum

Tiada pengundian PRK DUN Nenggiri

Gambar Hiasan

Tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal PRK DUN Nenggiri yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 13 Ogos ini.

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud, semua 14 anggota polis yang sepatutnya mengundi awal pada PRK itu akan mengundi secara pos.

“Tiada pengundian awal akan dibuka di Balai Polis Bertam pada 13 Ogos depan kerana semua anggota yang terlibat telah memohon untuk mengundi secara pos.

Hal ini disebabkan semua anggota polis ini akan bertugas sepanjang proses PRK DUN Nenggiri berlangsung, katanya ketika dihubungi Bernama.

Nik Raisnan berkata, kertas undi pos perlu diserahkan kepada SPR sebelum 4 petang pada hari mengundi, 17 Ogos ini.

PRK itu diadakan susulan kekosongan kerusi diumumkan Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lalu, selepas bekas Adun Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Esok adalah hari penamaan calon PKR berkenaan.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 18 Jun, seramai 20,259 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu, membabitkan 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.

Sumber FMT

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top