Umum

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS – SPRM

Tiada sebarang unsur kesalahan jenayah rasuah ditemukan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat melibatkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn. Bhd.

Menurut Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah di bawah Akta SPRM 2009.

“Sehubungan itu, pihaknya menggesa mana-mana pihak untuk menghentikan sebarang spekulasi dan menyebarkan berita-berita palsu berhubung perkara berkenaan sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah akaun Telegram baru-baru ini.

“SPRM Negeri Sembilan komited dalam usaha memerangi rasuah yang melibatkan dana awam di negeri ini. Oleh itu, siasatan lanjut akan dijalankan sekiranya terdapat maklumat baharu yang diterima,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai laporan pecah amanah wang kutipan zakat yang melibatkan jutaan ringgit.

Pihak terbabit mendakwa SPRM telah menerima maklumat berhubung perkara itu, namun sehingga kini tiada sesiapa yang ditahan.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top