Buletin

Tiga pegawai kanan SPRM disiasat larikan wang RM25 juta?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan, dalam urusan kes seorang bekas ketua jabatan suruhanjaya itu.

SPRM dalam kenyataan tadi memaklumkan, suruhanjaya itu akan membuat siasatan secara menyeluruh dan berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu berikutan ia akan menjejaskan siasatan.

“Kesemua individu itu direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 September lalu hingga semalam.

“SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah, serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai penularan berita berkenaan di media sosial, yang mendakwa tiga pegawai kanan SPRM direman.

“Setakat ini, polis tidak menerima laporan berhubung dakwaan berlaku kecurian barang kes membabitkan wang tunai AS$6 juta (RM25 juta), milik seorang individu yang pernah disiasat,

Terdahulu, tular laporan di sebuah blog tempatan mendakwa tiga pegawai kanan SPRM direman enam hari bermula 14 September lalu bagi membantu siasatan berhubung kecurian wang tunai milik seorang individu yang disiasat kerana menyalah gunakan kuasa dan penyelewengan dana pada 2018.

Wang tunai itu didakwa dirampas oleh SPRM di sebuah kondominium di Cyberjaya.

Individu disiasat terbabit dikatakan sudah dilepas tanpa bebas oleh mahkamah dan mahu menuntut semula wang tunai dirampas namun mendapati ia adalah wang palsu.

Penulis blog itu mendakwa individu itu membuat satu laporan polis.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top