Business

Toys ‘r’ Us perkenalkan “Toys Are Joys”

Musim Perayaan kali ini, semangat kegembiraan semakin bersinar di Toys”R”Us Asia. Dengan keajaiban mainan, sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Santa’ bagi keluarga, rakan  dan orang tersayang.

Mencipta Detik-Detik Magis

Tahun ini, Toys”R”Us Asia memperkenalkan pelbagai kerjasama menarik untuk memberikan pengalaman unik kepada kanak-kanak dan ‘kidult’ untuk menikmati Toy+Play. Meraikan kegembiraan memberi dengan menerangi kehidupan insan yang anda kasihi melalui pemberian hadiah yang penuh dengan keceriaan.

Bayangkan kegembiraan apabila membuka kotak PlayPop yang eksklusif dan pelbagai lagi mainan yang dicipta dengan penuh minat pada pagi Krismas, beriringan dengan  gelak ketawa bersama keluarga di Kiztopia di Jewel Changi Airport Singapura, kreativiti yang tercetus dalam bengkel di kedai K11 MUSEA di Hong Kong, dan kejutan apabila melihat koleksi watak kegemaran zaman kanak-kanak di kedai Odaiba di Jepun. “Toys Are Joys” memiliki kuasa luar biasa yang dapat menyatukan orang ramai dan mencipta kenangan indah yang penuh dengan keseronokan dan keterujaan.

Sambutan Penuh Kejutan Menanti

Toys”R”Us Malaysia menambahkan lagi elemen keseronokan musim ini dengan pengubahsuaian besar-besaran di kedai utama mereka di Mid Valley Megamall serta melebarkan kerjasama dengan Kiztopia untuk memperkenalkan konsep Toy+Play. Pengunjung boleh merasai sendiri keterujaan di IP-driven Toy Hub dan berinteraksi dengan model watak kegemaran mereka yang bersaiz sebenar—syurga sebenar bagi peminat mainan!

Musim Perayaan kali ini, Toys”R”Us Malaysia berbesar hati untuk menampilkan pilihan mainan yang harus dimiliki dan terkini, termasuk mainan eksklusif seperti koleksi Rainbocorns dan watak siri TV Super Wings, serta koleksi “plush” yang popular seperti Sumikko Gurashi, Squishmallows, dan PlayPop Plush. Untuk peminat Millennial dan Gen-Z, koleksi “kidult” istimewa menampilkan jenama ikonik seperti Pokémon, Nintendo, Gundam, Hello Kitty, dan Super Mario, bersama koleksi terkini daripada Roblox, Adopt Me, dan Aphmau. Lebih menarik lagi, Toys”R”Us turut menawarkan Fun Bonus baucar yang diberi eksklusif untuk ahli Star Card – Dengan pembelian RM150 untuk mendapat baucar RM20 atau pembelian RM300 untuk dapatkan baucar RM50. Ini memberikan lebih penjimatan kepada pelanggan setia semasa mereka membeli hadiah yang sempurna dan terbaik.

Musim Perayaan kali ini, Toys"R"Us Malaysia berbesar hati untuk menampilkan pilihan mainan yang harus dimiliki dan terkini. Layari katalog perayaan: https://www.toysrus.com.my/ecatalogue-MY-list-asset-11.html

Musim Perayaan kali ini, Toys”R”Us Malaysia berbesar hati untuk menampilkan pilihan mainan yang harus dimiliki dan terkini. Layari katalog perayaan: https://www.toysrus.com.my/ecatalogue-MY-list-asset-11.html

 

Dalam semangat memberi, Toys”R”Us Malaysia telah bekerjasama dengan Make-A-Wish Malaysia untuk menjayakan kempen Charity Gift Wrapping. Bagi setiap perkhidmatan pembungkusan hadiah, Toys”R”Us akan mendermakan RM2 untuk membantu kanak-kanak yang mengalami penyakit kritikal, berkongsi kegembiraan dan membuat perubahan pada musim perayaan kali ini.

Raikan Bersama-sama Kami

Toys”R”Us adalah destinasi anda untuk merasai keajaiban musim perayaan, dengan “R” Shopkeepers yang beruniform baru sedia membantu anda mencari hadiah yang yang menginspirasi keajaiban dan menghubungkan antara kita. Anda juga boleh membeli-belah secara dalam talian dengan penghantaran untuk menjadikan pengalaman membeli-belah anda lebih lancar dan menyeronokkan.

Mari kita bersama-sama menyebarkan kebahagiaan, bergelak ketawa dan menjadikan kenangan yang berkekalan. Sertailah Toys”R”Us untuk berkongsi, kerana Toys Are Joys!

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top