Toys”R”Us Asia bersedia untuk mengubah landskap runcit dengan menawarkan konsep permainan dan beli-belah yang inovatif, mengimbau kembali cara para pelanggan mencipta pengalaman dengan mainan dan permainan. Pada masa kini, ia menerajui transformasi merentasi seluruh rantau, syarikat sedang menjalin kerjasama baharu yang menarik dan memperkenalkan format kedai yang lebih memukau yang mencipta persekitaran imersif yg dipacu oleh IP. Pengalaman ini direka untuk menarik keterlibatan para pelanggan dari semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga kidult, dengan cara yang belum pernah dilihat sebelum ini!
Kedai konsep Playful “R” terletak di The Place, Shanghai, menampilkan kedai jenama TOMICA pertama di China
Sorotan terbaru Toys”R”Us Asia adalah kedai konsep Playful “R” di China, terletak di The Place, Shanghai, yang memperkenalkan Jalan Watak IP yang pertama Toys”R”Us—sebuah inspirasi daripada Tokyo Character Street yang terkenal. Format inovatif ini menyatukan IP yang diminati oleh pelbagai generasi di bawah satu bumbung, mewujudkan hab permainan yang meriah untuk peminat semua peringkat umur. Di tengah-tengahnya adalah kedai jenama TOMICA pertama di China, sebuah kolaborasi unik kedai dalam kedai dengan TAKARA TOMY yang menampilkan zon-zon imersif dan tawaran eksklusif. Kedai ini juga menempatkan Dinding TOMICA terbesar di dunia, mempamerkan 2,396 kereta die-cast TOMICA, termasuk bukan sahaja model semasa tetapi juga edisi jarang yang telah dihentikan. Pembeli juga akan menemui produk berasaskan gaya hidup menawan daripada watak-watak popular Sanrio, termasuk Hello Kitty dan My Melody, menambah lagi elemen kejutan yang menghiburkan yang menjangkaui pengalaman membeli mainan semata. Selain itu, kedai ini menawarkan bahagian ACG (anime, komik, dan permainan) yang menarik, menampilkan pelbagai koleksi dan produk yang meraikan watak-watak ikonik daripada dunia dinamik ini.
Kedai flagship yang baru diubah suai di Mid Valley Megamall menampilkan taman permainan Kiztopia pertama di Malaysia
Di Singapura dan Malaysia, Toys”R”Us Asia melangkaui kebiasaan dengan menampikan konsep Toy+Play. Berasaskan kejayaan kolaborasinya dengan Kiztopia di kedai Jewel Changi Airport di Singapura, Toys”R”Us telah memperluas kerjasama ini ke Malaysia. Kedai flagship yang baru diubah suai di Mid Valley Megamall kini juga menampilkan taman permainan Kiztopia pertama di negara ini. Konsep Toy+Play ini menggabungkan pengalaman beli-belah dan permainan interaktif dalam satu persekitaran yang dinamik, menyediakan cara baharu untuk keluarga melibatkan diri dengan mainan.
Di Hong Kong, Toys”R”Us bekerjasama secara strategik dengan K11 Group untuk memanfaatkan kuasa pengaruh generasi baharu. Selepas kejayaan kedai konsep Playful Living di K11 Art Mall, syarikat baru-baru ini melancarkan kedai Playful Piazza di K11 MUSEA. Kedai baharu ini mengumpulkan koleksi yang menarik minat kanak-kanak, keluarga, kidult, dan pelancong. Sementara itu, di Jepun, kedai Tsukuba baru-baru ini dibuka semula sebagai kedai konsep baharu pertama di Jepun Timur. Ia menampilkan persekitaran yang menarik dengan paparan IP popular dan pilihan mainan serta koleksi yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih terkini untuk semua peringkat umur.
Di Jepun, kedai Tsukuba baru-baru ini dibuka semula sebagai kedai konsep baharu pertama di Jepun Timur
“Sebagai sebahagian daripada proses transformasi, kami komited untuk melabur dalam konsep yang meningkatkan pengalaman pelanggan. Kerjasama kami dengan IP ikonik seperti TOMICA dan Sanrio, serta kerjasama dengan Kiztopia, membuktikan kemampuan kami untuk mencipta persekitaran yang imersif untuk memenuhi kepelbagaian citarasa pelanggan. Kami berhasrat untuk menawarkan sesuatu yang istimewa untuk setiap generasi, termasuk Gen Z dan kidult, menjadikan permainan sebagai sebahagian elemen penting dalam kehidupan mereka!” kata Leo Tsoi, Ketua Pegawai Eksekutif Toys”R”Us Asia.
Transformasi Toys”R”Us Asia sedang berlangsung! Sebagai peneraju dalam mainan dan permainan dengan kira-kira 460 kedai di rantau ini, Toys”R”Us Asia mengajak rakan kongsi global untuk menerokai peluang baharu dan kerjasama yang bersesuaian, memastikan masa depan bidang peruncitan lebih menarik daripada sebelumnya.